• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi: "Jentera MotoGP Moden Lebih Menguji Fizikal Berbanding Dahulu"

Rossi: "Jentera MotoGP Moden Lebih Menguji Fizikal Berbanding Dahulu"

June 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BERBANDING dua dekad lalu, jentera MotoGP dulu dan sekarang bolehlah diibaratkan langit dan bumi. Fairing jentera pada masa itu lebih rata tanpa terlalu banyak garisan tajam aerodinamik. Gaya tunggangan pelumba juga sangat berbeza daripada sekarang.

Pelumba legenda, Valentino Rossi ialah pelumba terakhir daripada generasi 2-lejang yang masih bersaing hingga kini. Dari kelas 125cc, 500cc, hingga MotoGP, Rossi sentiasa perlu mengubah suai gaya tunggangannya supaya sesuai dan sepadan dengan perubahan motosikal.

BACA >>> Rossi: "Susah Aku Nak Race Tahun Depan Walaupun Pasukan Sendiri"
BACA >>> Lorenzo Teringin Nak Tengok Rossi 'Last Trial' dengan Ducati

Jentera MotoGP 1991
Jentera MotoGP 2021

Rossi menjelaskan, gaya tunggangan hari ini sudah banyak berubah, terutama apabila melibatkan posisi menunggang. Pelumba sekarang menyondong lebih rendah dengan mengeluarkan kepala dan bahu ketika memasuki selekoh.

Menurut The Doctor, evolusi terbesar dalam aspek jentera ialah komponen tayar, brek dan peranti elektronik yang mana kemajuan tersebut membolehkan pelumba membrek lebih lambat dan memasuki selekoh lebih cepat. 

SIRIP, KEPAK AERODINAMIK JUGA ADA KELEMAHAN?

Dari segi penambahan sirip dan kepak (winglet), tidak dapat dinafikan komponen itu membantu jentera ditunggang lebih pantas. Namun, tetap ada kelemahan yang dapat dilihat apabila berlumba di trek pantas dan teknikal seperti Assen. 

Tanpa ragu lagi, motor sekarang sangat bebankan fizikal hang. Tambahan aerodinamik tu buat motor jadi lebih berat dan hang kena lebih kuat bila nak tukar arah.”

Masih bersaing pada usia 42 tahun, memang tidak dapat dinafikan Rossi antara legenda terhebat pernah disaksikan dalam sejarah MotoGP. Jika benar musim ini musim terakhir buatnya, pengunduran juara dunia sembilan kali itu pasti menjadi satu kehilangan besar buat peminat sukan permotoran.

BACA >>> Rossi Akui Yamaha M1 Susah Bersaing Jika Tidak Bermula Dari Depan
BACA >>> Marquez Tak Boleh Bayang Diri di Tempat Rossi, Terus Lumba Tapi Tak Menang

SUMBER: GPone.com

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my