• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Krisis Cip Semikonduktor: Land Rover Hentikan Pengeluaran di Slovakia

Krisis Cip Semikonduktor: Land Rover Hentikan Pengeluaran di Slovakia

June 30, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGELUAR kereta Britain, Land Rover terus dihimpit masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor selepas terpaksa hentikan operasi kilang di Nitra, Slovakia.

Kilang itu adalah tempat model utama Land Rover seperti Defender dan Discovery tujuh kerusi dihasilkan.

April lalu, Jaguar Land-Rover (JLR) sudah pun menggantung sementara operasi perkilangan di Castle Bromwich dan Halewood, Britain yang melibatkan model Jaguar XE, XF, F-Type dan model Land Rover Discovery Sport, dan Range Rover Evoque.

BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Masalah Cip Semikonduktor: Nissan, Mazda Tutup Kilang Sementara di Jepun

Land Rover Defender (2021)
Land Rover Defender (2021)
Land Rover Discovery (2021)
Land Rover Discovery (2021)

Ketika itu, kilang di Nitra dan Solihull masih beroperasi tetapi kini ia terpaksa dihentikan berikutan masalah sama.

Jurucakap JLR mengatakan bahawa seperti pengeluar lain, syarikat itu juga mengalami gangguan bekalan kerana pandemik Covid-19 dan ia turut melibatkan komponen cip semikonduktor. Masalah ini menjejaskan jadual pengeluaran dan memaksa syarikat menyusun semula strategi untuk menangani masalah ini.

Kilang di Slovakia berkebolehan menghasilkan 150,000 unit kenderaan setiap tahun. Setakat ini, tiada tarikh diumumkan mengenai bilakah kilang itu akan dibuka semula.

Pelanggan juga perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan model Defender. Penutupan kilang ini pastinya membuatkan tempoh menunggu menjadi lebih lama.

BACA >>> Mikrocip Tak Cukup, GM Hentikan Pengeluaran Chevrolet Camaro
BACA >>> Land Rover Uji Prototaip Defender dengan Enjin Hidrogen-Elektrik

SUMBER: Autocar.co.uk

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cip, Covid-19, Jaguar F-Type, Jaguar Land Rover (JLR), Jaguar XE, Jaguar XF, Land Rover, Land Rover Defender, Land Rover Discovery, Land Rover Discovery Sport, pandemik, Range Rover Evoque, Semikonduktor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev