• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Michelin Pilot Sport 4 - Tayar Direka Lebih Berkualiti & Tahan Lasak

Michelin Pilot Sport 4 - Tayar Direka Lebih Berkualiti & Tahan Lasak

October 20, 2016 By Abang GYL 1 Comment

583
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Michelin Pilot Sport 4MEMAHAMI keperluan pengguna, Michelin Malaysia memperkenalkan tayar Michelin Pilot Sport 4 dengan menjanjikan pemanduan lebih senyap, ekonomikal dan selamat.

Bukan saja menawarkan perjalanan lebih senyap, Michelin Pilot Sport 4 turut menggunakan teknologi ‘Dynamic Response’ yang mampu meningkatkan lagi cengkaman ketika dalam keadaan jalan basah termasuklah jarak brek lebih baik.

Ia juga direka untuk lebih tahan lasak dan mampu memberi perlindungan daripada kesan haba akibat perjalanan jarak jauh.

tayar Michelin Pilot Sport 44 PILIHAN SAIZ RODA

Michelin Pilot Sport 4 boleh didapati dengan empat pilihan saiz roda iaitu 16, 17, 18 dan 19 inci. Ia dijual pada harga bermula daripada RM481.

tayar Michelin Pilot Sport 4
Michelin Pilot Sport 4

PERLUMBAAN FORMULA E

Lebih menarik, rekabentuk corak bunga pada Michelin Pilot Sport 4 diilhamkan selepas syarikat pengeluar tayar itu terlibat dengan perlumbaan Formula E.

Corak alur memanjang yang dalam boleh mengeluarkan air dengan berkesan daripada permukaan sentuhan, lantas mengurangkan risiko penyatahan air dan memberikan keselamatan dalam apa jua keadaan cuaca.

BACA>>> Michelin Primacy SUV Khas Untuk Pemilik Kenderaan SUV

tayar Michelin Pilot Sport 4

TERBUKTI SELAMAT

Dalam ujian dalaman yang dilaksanakan pada Ogos 2016 di kemudahan ujian JKN dan JARI Michelin di Jepun oleh pemandu uji profesional, Michelin Pilot Sport 4 berjaya mengatasi pesaing utama.

Ia menjadi antara tayar prestasi tinggi yang menguasai beberapa kriteria ujian penting secara serentak, terutamanya keupayaan brek basah dan kering.

Kesemua saiz tayar ini kini sudah boleh didapati di kesemua kedai tayar yang menjual jenama Michelin.

GALERI

Michelin Pilot Sport 4
Michelin Pilot Sport 4
Michelin Pilot Sport 4
Michelin Pilot Sport 4
Michelin Pilot Sport 4
tayar Michelin Pilot Sport 4
tayar Michelin Pilot Sport 4
tayar Michelin Pilot Sport 4

Related

583
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Michelin Malaysia, Michelin Pilot Sport 4, tayar michelin, tayar Michelin Pilot Sport 4

Comments

  1. zee says

    June 15, 2017 at 1:04 PM

    nice one!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev