• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Maut Belon Udara Panas Terbakar, Jatuh dari Ketinggian 30 Meter

5 Maut Belon Udara Panas Terbakar, Jatuh dari Ketinggian 30 Meter

June 29, 2021 By Shawkath Leave a Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LIMA maut dalam insiden belon udara panas terlanggar kabel elektrik sebelum terhempas di sebatang jalan di Albuquerque, New Mexico, barat daya Amerika Syarikat.

Insiden berlaku kira-kira jam 7 pagi (waktu tempatan) dan mangsa dikenal pasti sebagai jurupandu belon panas, Nick Meleski bersama empat lagi penumpang berumur antara 59 dan 62 tahun, iaitu Susan Montoya dan suami, John, serta rakan mereka, Martin dan Mary Martinez.

Semua mangsa ialah penduduk tempatan.

 

Berdasarkan laporan, belon udara itu merempuh kabel elektrik dan mula terbakar. Beberapa mangsa juga dilihat terjatuh dari bakul belon udara tersebut.

Pasukan keselamatan datang memberikan bantuan pernafasan kepada dua mangsa yang ditemui terbaring atas jalan raya di tengah persimpangan jalan, dan turut dibantu orang ramai di situ.

Empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala mangsa kelima, Tony Montoya meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Ada saksi mendakwa belon udara panas itu jatuh dari ketinggian 30 meter, tetapi punca rempuhan pada kabel elektrik itu masih disiasat.

BACA >>> Elak Sentuhan Fizikal Cegah Covid-19, Tata Motors Serah Kereta dalam Belon Plastik
BACA >>> Maut Akibat Beg Udara Meletup, Honda Panggil Balik Lebih 100 Kali, Tapi Tidak Dipeduli
BACA >>> Subaru Bangunkan Motosikal Terbang

SUMBER: KOB

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belon udara panas, Belon Udara Terbakar, Belon Udara Terjatuh, berita global, kemalangan, maut kemalangan belon udara panas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my