• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Seberapa Pantas Babi Hutan Boleh Berlari?

#TahukahAnda: Seberapa Pantas Babi Hutan Boleh Berlari?

June 27, 2021 By Azhan O Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA Hong Kong kecoh dengan insiden babi hutan naik tren, Malaysia pula baru-baru ini tular babak aksi babi hutan berlari kencang di tepian sawah, dipercayai berlaku di lebuh raya PLUS arah Utara dekat Alor Setar, Kedah.

Siapa yang belum tengok bolehlah tonton video di bawah ini yang dimuat naik pengguna Tik Tok, FaizPutra26 yang setakat ini mendapat lebih 28,000 perkongsian dan lebih 273,000 tanda suka.

@faizputra26Kelajuan melampaui batas♬ Beggin' - Måneskin

Walaupun rakaman video itu dilajukan, tetapi melihat bukaan langkah demi langkah babi hutan tersebut, memang laju! Soalannya, sejauh mana babi hutan berlari?

BACA >>> Kecoh Babi Hutan Naik, Tukar Tren
BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

BERAPA LAJU BABI HUTAN BERLARI?

Mungkin ramai tidak tahu babi hutan memang boleh berlari laju. Mari kami senaraikan beberapa fakta menarik mengenai haiwan liar itu:

  • Babi hutan mampu berlari sederas 50kmj. Malah mampu melompat setinggi 5-6 kaki (1.5-1.8 meter) yang menyamai ketinggian manusia.
  • Babi hutan memiliki jangka hayat antara 4 dan 8 tahun, serta mampu mencapai berat 90kg hingga 226kg.
  • Kekuatan rahang babi hutan mampu mematahkan tulang.
  • Memiliki keupayaan menghidu sejauh 8-11km, dan sedalam hingga 40km!
  • Jika menunggang kapcai Honda C50 dengan terotel dipulas penuh, babi hutan masih mampu seiringan dengan anda.
  • Manusia terpantas di planet Bumi setakat ini, Usain Bolt mampu berlari sepantas 43.99kmj yang dapat dicapai dalam jarak 67.13 meter.
  • Purata kelajuan manusia biasa yang mendapat latihan intensif pula cuma 24kmj untuk jarak 1-3km.
  • Kesimpulannya, jangan sesekali berlumba dengan babi hutan.

BACA >>> #BikinMotor: Crossbreed - Motosikal Basikal Adunan BMX+Honda Cub
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?

TIP SELAMATKAN DIRI DARIPADA BABI HUTAN

  • Jika nampak babi hutan datang dari jauh, terus saja lari selamatkan diri.
  • Jika nampak pokok, cuba panjat.
  • Jika tiada pokok, kekal pada tempat dan cuba lawan. Gunakan sebarang objek sebagai senjata.
  • Babi hutan sangat jarang menyerang manusia, tetapi termasuk dalam kategori haiwan sukar diduga.

SUMBER: FeralHogs

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Babi Hutan, Babi Hutan Lari Tepi Sawah, Fakta Babi Hutan, Haiwan Liar, Trivia Babi Hutan, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev