• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 6 Sebab Kenapa Kunci Kereta Boleh Tersangkut

#TahukahAnda: 6 Sebab Kenapa Kunci Kereta Boleh Tersangkut

June 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG menggelabah juga jika kunci kereta tersekat tiba-tiba dalam slot kunci dan tidak dapat ditarik keluar macam biasa. Kenapa boleh jadi begitu? Bagaimanakah cara menangani masalah tersebut?

Ada enam punca utama kunci kenderaan anda boleh tersekat. Anda juga boleh mencuba beberapa teknik untuk mengeluarkannya semula kunci tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Idea Lucu, Kreatif Nak Kunci Kereta untuk Elak Dicuri

1.Gear Belum 'Free'

  • Situasi ini paling kerap berlaku pada kereta automatik dan manual.
  • Jika kereta automatik, anda perlu menolak tuil gear kepada posisi P (Parking) sebelum boleh menarik keluar kunci.
  • Jika kereta manual pula, pijak pedal klac dan bebaskan gear pada posisi N (Neutral). Lepaskan klac dan cuba gerakkan tombol gear ke kiri dan kanan untuk memastikan gear sudah free.
2. Stereng Dikunci

  • Stereng boleh terkunci apabila stereng dipusingkan ketika enjin dimatikan.
  • Jika berlaku, stereng tidak dapat dipusingkan, dan kunci pula tidak boleh ditarik keluar dari slot. Ini kerana slot penghidup kunci dan stereng terkunci serentak.
  • Cara mengatasi, cuba gerakkan stereng sambil pusingkan kunci sampai boleh ditarik keluar.
3. Kunci Kotor
cuci-kunci-1
cuci-kunci-2
  • Pastikan tiada sisa melekat pada alur kunci seperti kertas, atau gam. Ini biasa berlaku jika anda pernah menggunakan kunci kereta untuk memotong sesuatu seperti membuka kotak bungkusan, pita pelekat atau pita selofan.
  • Gam atau objek asing yang melekat pada kunci kereta boleh menyebabkan tersekat.
  • Jadi, sentiasa jaga kebersihan kunci kereta, dan elak dijadikan alat untuk memotong sesuatu benda.
4. Bateri Mati

  • Bateri kereta lemah atau kehabisan kuasa (dipanggil 'kong') boleh menyebabkan slot kunci tersekat yang menghalang kunci ditarik keluar.
  • Jika berlaku, jangan paksa tarik kunci tersebut kerana boleh menyebabkan patah.
  • Boleh pulihkan keadaan dengan meminta tolong rakan untuk melompatkan (jump-start) bateri kereta anda atau tukar set baharu kunci kereta.
5. Kunci Rosak
kunci-kereta-rosak-1
kunci-kereta
  • Kunci kereta boleh rosak akibat dibaling ke permukaan keras, atau struktur logam sudah haus kerana dimamah usia. Kadangkala kunci boleh jadi bengkok jika disimpan dalam poket atau duduk terlalu lama.
  • Periksa kondisi kunci kereta anda dan gantikan jika perasan ada tanda kerosakan.
6. Slot Kunci Rosak
kunci-kereta-patah
Cabut kunci kereta.
Cabut kunci kereta.
  • Kerosakan slot kunci boleh menyebabkan kunci kereta terlekat.
  • Jika spring dan pin gagal diselarikan dengan alur kunci, enjin tidak dapat dihidupkan.
  • Keadaan boleh jadi bertambah buruk jika dipaksa masuk secara keras sama ada kunci kereta rosak teruk, tersekat atau patah.
  • Slot kunci boleh dijaga dengan menyembur pelincir WD-40, tetapi rujuk dulu pengeluar asal.
  • Jika patah, cuba tarik keluar menggunakan playar.

BACA >>> Tip Melawan Penjenayah Jalanan, Sila Genggam Kunci Kereta Anda Sekarang!
BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Sistem Stereng Empat Roda?
BACA >>> Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Kunci Kereta Patah, Kunci kereta sangkut, kunci tak boleh pulas, masalah kunci kereta, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev