HONDA hari ini mendedahkan Civic Hatchback (2022) di Amerika Syarikat (AS), iaitu famili terbaharu Civic generasi ke-11 dalam dua pilihan enjin, 1.5 turbo dan 2.0L.
Ada empat varian diperkenalkan, iaitu:
- LX dan Sport - enjin 2.0L
- EX-L dan Sport Touring - enjin 1.5L turbo.
Berikut perincian Civic Hatchback (2022):
BACA >>> Honda Civic Sedan (2022) Debut di Amerika dengan Enjin 1.5L Turbo, 2.0L NA
BACA >>> #Infografik: 10 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama
- Trenkuasa
- 2.0L: 4-silinder sebaris 16-injap 1,996cc DOHC i-VTEC berkuasa 158hp @ 6,500rpm dan 187Nm @ 4,200rpm.
- 1.5L Turbo: 4-silinder sebaris 16 Injap 1,498cc DOHC VTEC Turbo berkuasa 180hp @ 6,000rpm dan tork 239Nm @ 1,700-4,500rpm.
- Ada dua transmisi ditawarkan: CVT (automatik) dan manual 6-kelajuan untuk pilihan varian Sport dan Sport Touring.
- Ada tiga mod memandu: Econ, Normal dan Sport yang ditawarkan pada varian automatik.
- Rekabentuk depan menggunakan rekaan gril sarang lebah (honeycomb), dan pintu bonet rendah yang membezakan model ini dengan gaya Accord.
- Ruang kabin mirip Civic sedan, didatangkan dengan kluster instrumen digital, iaitu semi-digital untuk standard dan digital penuh untuk model premium.
- Unit infotainment dilengkapkan standard dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
- Sport Touring satu-satunya varian yang diberikan unit infotainment skrin sentuh bersaiz 9 inci dengan sistem bunyi Bose berserta 12 pembesar suara dan pad pengecas wayarles.
- Ada lapan warna badan pilihan, termasuk warna baharu, Boost Blue Pearl (biru) dan Smoky Mauve Pearl (ungu cair).
- Ruang but 707 liter, lebih luas daripada Civic sedan, 424 liter. Ukuran dibuat tanpa merebahkan kerusi belakang.
- Memiliki dimensi panjang 4,549mm, tinggi 1,415mm, dan lebar 1,800mm, manakala jarak roda 2,735mm.
- Kerusi belakang boleh lipat 60:40 untuk meluaskan ruang buat belakang.
- Ada tiga saiz rim aloi, iaitu 16 inci (LX), 17 inci (EX-L) dan 18 inci (Sport dan Sport Touring).
- Semua varian dibekalkan ciri bantuan pemandu Honda Sensing dan 10 beg udara.
- Tiada maklumat harga didedahkan setakat ini.
BACA >>> Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
SUMBER: MotorAuthority
Leave a Reply