• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MV Agusta Pula Mahu Hasilkan Sportbike Kecil, Guna Enjin Benelli 502?

MV Agusta Pula Mahu Hasilkan Sportbike Kecil, Guna Enjin Benelli 502?

June 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANYAK pengeluar motosikal yang terlibat dalam pembuatan model berkapasiti tinggi kini mula mencari peluang meneroka segmen sesaran lebih kecil demi meneruskan survival masing-masing.

Antaranya Harley-Davidsons yang menjalinkan kerjasama dengan pengeluar di China untuk penghasilan motosikal bawah 500cc. tetapi hingga kini status masih kekal sekadar lakaran foto.

BACA >>> MV Agusta Berminat Masuk Pasaran Asean dengan Motor Sesaran Kecil


Pembuat motosikal Aprilia juga mengambil langkah sama, tetapi membuktikan hasil kerja dengan melancarkan dua produk baharu ke pasaran China, iaitu RS 125 dan Tuono 125.

MV Agusta juga mengikuti jejak langkah sama dengan menunjukkan minat terhadap segmen 500cc. Pengeluar motosikal dari Itali itu menandatangani kerjasama jangka panjang dengan firma automotif China, Loncin. Kerjasama itu bagi menghasilkan model dwi-silinder dengan enjin 350cc hingga 500cc. Bagaimanapun, hubungan tersebut gagal membuahkan hasil.

BACA >>> Aprilia Bakal Perkenal Tuono, RS Versi 300cc-400cc

MV Agusta juga membuat perjanjian dengan satu lagi pengeluar China, Qianjiang Motorcycles (QJmotor), yang juga syarikat induk kepada Benelli.

Terbaharu, ada desas-desus mengatakan pasukan teknikal MV Agusta sedang melakukan kerja-kerja pembangunan enjin 550cc baharu. Khabarnya, enjin itu dibina semula daripada trenkuasa asas Benelli 502. Enjin itu mampu menghasilkan sehingga 48hp dan dianggap sudah cukup bertenaga serta kompetitif dalam pasaran.

Jika semua berjalan lancar, MV Agusta ada peluang cerah meneroka segmen motosikal kecil. Bagaimanapun, belum ada khabar berita mengenai jenis motosikal yang akan keluar sama ada versi naked bike atau fairing penuh.

BACA >>> MV Agusta Keluar Motosikal Elektrik 2027
BACA >>> Zontes Dedah Enjin 3-Silinder Baharu, Bakal Lawan Yamaha MT, MV Agusta dan Triumph
BACA >>> Motrac Unicorn 800 - Klon MV Agusta Superveloce 800 dari China
BACA >>> Gaokin Flame 500 Debut di China, Benarkah Klon Suzuki GSX-S1000?
BACA >>> Benelli Leoncino 500 Sport (2021) Lancar di China dengan Ekzos Barel, Hendal Clip-On

SUMBER: Kompas | CycleWorld

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, benelli, Benelli 502, Enjin Benelli, motosikal benelli mv agusta, MV Agusta, Qianjiang Motorcycles, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev