MAC lalu, Audi mengesahkan bahawa enjin pembakaran dalaman tidak akan lagi dibangunkan syarikat itu dengan fokus utama kini kepada pembangunan trenkuasa elektrik. Namun, tarikh spesifik mengenai bilakah transformasi ini berlaku tidak diberitahu.
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Audi, Markus Duesmann akhirnya mengumumkan tahun 2026 sebagai tahun terakhir enjin pembakaran dalaman dibangunkan.
BACA >>> Susah Lepasi Regulasi Emisi, Audi Putus Asa Bangunkan Enjin Pembakaran Dalaman
BACA >>> Masalah Beg Udara, Audi AS Panggil Balik 153,152 Kereta
Bagaimanapun, ia tidak bermakna semua kereta enjin konvensional Audi akan pupus pada tahun sama. Kereta dan SUV dengan trenkuasa tradisional yang dibina sebelum 2026 masih akan dijual sehingga awal 2030.
Media Jerman, Handelsblatt melaporkan model trenkuasa tradisional, Q8 akan dihentikan pengeluaran pada 2032. Pada tahun ini juga Audi mensasarkan untuk mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya.
Pengumuman Audi ini menjadikan syarikat itu lebih serius mengenai peralihan ke arah elektrifikasi berbanding dua pesaing utama, Mercedes dan BMW. Mercedes sudah pun mengumumkan niat untuk mempercepatkan pembangunan kereta elektrik tetapi masih belum menjelaskan garis masa projek tersebut.
BMW pula menjanjikan setengah daripada kenderaan terjual pada 2030 akan disumbang kenderaan elektrik tetapi masih kekal dengan pendirian untuk tidak menghentikan pembuatan enjin pembakaran dalaman dalam masa terdekat.
BACA >>> Audi Mahu Caj RM352 Sebulan untuk Aktifkan Fungsi Navigasi
BACA >>> Volkswagen, Audi Tolak Tawaran RM38.1b Jual Lamborghini
SUMBER: RoadandTrack.com
Leave a Reply