• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Segala Tentang 'Panggil Balik' (Recall) yang Perlu Anda Tahu

Segala Tentang 'Panggil Balik' (Recall) yang Perlu Anda Tahu

July 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA mengganggap kempen panggilan balik (recall) kenderaan sebagai perkara buruk dan tidak harus berlaku. Masalah itu dikatakan mampu menjejaskan kepercayaan pengguna terhadap sesuatu jenama automotif.

Tidak kurang juga segelintir fanatik jenama tertentu menggunakan isu recall untuk memperlekehkan dan merendahkan kenderaan pesaing. Faktanya, recall adalah praktis jujur dalam industri automotif  yang harus dicontohi.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang 'Recall' Kereta yang Perlu Anda Tahu? Apakah Pula TSB?

Apakah Panggil Balik (Recall)

  • Recall ialah kempen dilakukan pengeluar automotif atau agensi berkuasa selepas mengesan berlaku isu keselamatan atau risiko nyawa membabitkan sesuatu produk kenderaan. Bukan saja kereta, tetapi juga  motosikal.
  • Antara isu yang boleh menyebabkan recall dibuat adalah beg udara bermasalah, komponen bahan api rosak hingga komponen kecil seperti plastik reflektor cahaya.  
  • Biasanya, masalah pada sesuatu kenderaan dikesan berdasarkan aduan pemilik, siasatan kemalangan atau pemeriksaan kualiti di kilang atau pihak berwajib.
  • Jika recall dibuat syarikat induk, langkah sama juga akan disusuli pengedar jenama itu di sesebuah negara dalam tempoh terdekat jika melibatkan produk sama.
  • Eropah dan Amerika Syarikat (AS) antara negara dan benua paling aktif mengenai kempen recall apabila mengesan sesuatu masalah.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Apa Perlu Buat Jika Terima Notis Recall?

  • Apabila suatu masalah dikenal pasti pengeluar, notis recall akan dikeluarkan secara bertulis sama ada pos dan e-mel, atau kedua-dua sekali kepada semua pemilik kenderaan terjejas. Notis berkenaan akan menjelaskan apa perlu dibuat dan masa diperlukan.
  • Sebaik terima notis recall, pemilik kenderaan perlu menghubungi pengedar terdekat atau pengedar utama untuk menetapkan tarikh janji temu untuk proses baik pulih.
  • Di Malaysia, ada pengeluar memilih memasukkan notis recall dalam sistem dan pangkalan data kenderaan keluaran mereka.
  • Jika kereta tersenarai itu dibawa ke pusat servis untuk penyelenggaraan berkala, satu notis akan dipaparkan dan penasihat servis akan memaklumkan kepada pemilik sebeluam janji temu dibuat.

Kenapa Saya Tidak Terima Notis?

  • Ada banyak sebab pemilik kenderaan tidak menerima notis recall jika ada. Ini mungkin disebabkan pemilik sudah berpindah ke lokasi lain atau gagal dihubungi. Ini kerap berlaku kepada pemilik kedua dan seterusnya yang membeli kereta tersebut secara terpakai.
  • Jika pemilik mengesyaki kenderaan mereka terlibat, setiap pengeluar memang ada menyediakan akses untuk pemeriksaan status kenderaan sama ada melalui laman web atau panggilan telefon. Pemeriksaan biasa memerlukan data seperti Nombor Indentifikasi Kenderaan (VIN).

BACA >>> China Arah Tesla Panggil Balik Hampir Semua Model Kereta

Perlu Bayar Tak?

  • Tidak. Semua kos baik pulih program atau kempen recall akan ditanggung pihak pengeluar atau pengedar. Anda cuma perlu bayar JIKA pusat servis mengesan berlaku isu atau masalah lain pada kenderaan anda. 
  • Biasanya, penasihat servis akan memaklumkan dan berbincang dengan anda sebelum apa-apa kerja dibuat. Keputusan masih di tangan anda sebagai pemilik.
  • Di Malaysia, anda masih perlu menanggung kos menghantar kereta seperti minyak dan tol untuk ke pusat servis sah.

Adakah Nilai Kereta Recall Jatuh Teruk?

  • Sebenarnya, ada beribu-ribu kenderaan dipanggil balik setiap minggu serata dunia. Itu proses biasa dan tidak menjejaskan nilai sesebuah kenderaan.
  • Bagaimanapun, keadaan itu tetap boleh bertukar jika model bermasalah itu terlibat dalam banyak menyebabkan kes kemalangan, kebarakan atau kehilangan nyawa.
  • Ada juga kes nilai kereta jatuh kerana pemilik tidak membawa kenderaan mereka untuk dibaik pulih walaupun mendapat notis recall.
  • Ingat, setiap kereta ialah liabitilit dan nilai tetap akan susut setiap hari melainkan berstatus langka atau diburu ramai pencinta automotif walaupun sudah berusia lebih 20 tahun.

BACA >>> Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!
BACA >>> Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik
BACA >>> Pengecualian 100 Peratus Cukai Jualan Kenderaan CKD Lanjut Hingga 31 Disember 2021
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

SUMBER: WhatCar

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: apa nak buat kereta kena recall, autotainment, Kenapa kena recall, Panggil Balik, Recall, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev