WALAUPUN baru saja menyertai saingan Moto2 musim ini, Raul Fernandez (Red Bull KTM Ajo) menampilkan persembahan sangat dominan di belakang rakan pasukan, Remy Gardner yang bakal menyertai kelas premier musim depan bersama KTM Tech3.
Prestasi pelumba muda Sepanyol itu menarik minat beberapa pasukan MotoGP, termasuk Petronas SRT yang khabarnya sedang mencari pengganti Valentino Rossi.
Bagaimanapun, usaha menandatangani Fernandez bukan mudah kerana KTM sudah tentu tidak mahu melepaskan ayam tambatan mereka itu. Ini dapat dilihat situasi Gardner yang awalnya tidak ingin menyertai Tech3, tetapi terpaksa akur.
BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?
BACA >>> Gardner ke MotoGP Musim Depan, Sertai KTM Tech3!
Falsafah KTM seiring Red Bull, iaitu menawarkan kontrak ketat kepada pelumba di bawah naungan pasukan itu. Bagaimanapun, pemergian Jorge Martin ke Pramac Ducati dan Pol Espargaro ke Repsol Honda menunjukkan tidak mustahil pelumba KTM meninggalkan pasukan tersebut.
Dalam satu temu bual dengan Autosport, Pengarah KTM Motorsport, Pit Beirer berkata, Fernandez mahu kekal dalam kelas Moto2 untuk semusim lagi.
Jadi KTM kini ada dua pilihan untuk Fernandez musim depan yang juga tahun terakhir kontraknya bersama pasukan itu. Kontrak diberikan adalah sama ada memasuki kelas premier bersama Tech3 atau kekal dengan pasukan sama dalam Moto2.
YAMAHA, PETRONAS TIDAK MAHU CARI PASAL DENGAN KTM?
Jika Fernandez mahu meninggalkan KTM, dia perlu membayar denda kira-kira setengah juta euro (RM2.4 juta), iaitu nilai yang tidak sanggup dibayar Petronas dan Yamaha.
Yamaha dan Petronas juga tidak mahu menjejaskan hubungan Fernandez dengan KTM dan situasi itu diakui sendiri Pengurus Petronas SRT, Johan Stigefelt. Secara asasnya, hasrat Petronas SRT itu mungkin tidak dapat direalisasikan.
BACA >>> Selepas MotoGP, Rossi Intai Peluang Sertai Lumba Kereta Enduran?
BACA >>> Marquez Tak Boleh Bayang Diri di Tempat Rossi, Terus Lumba Tapi Tak Menang
SUMBER: Autosport.com
Leave a Reply