• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vespa Sprint Adventure Tampil Lebih Gaya

Vespa Sprint Adventure Tampil Lebih Gaya

November 7, 2016 By Admin PanduLaju 1 Comment

26
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia mengumumkan ketibaan model  Vespa Sprint Adventure. Model yang dikustomkan daripada model Vespa Sprint 150cc ABS itu didatangkan dengan dua warna iaitu Green Matt (hijau) dan Desert Sand (kuning cair).

Tampil dengan gaya pengembaraan bersesuaian imejnya, Naza Premira menawarkan perincian kemasan hitam kusam dan aksesori jelajah. Datang bersama enjin  Piaggio i-Get 150 silinder tunggal dengan suntikan bahan api elektronik, Vespa Sprint Adventure  menghasilkan kuasa 9.5 kW pada 7,750 rpm dan tork 12.8 Nm, 6,500 rpm.

TAMPIL LEBIH GAYA

Sistem suntikan juga dimaksimumkan dan dipertingkatkan untuk kecekapan hantaran kuasa. Bahagian unit kawalan elektronik (ECU) dilengkapi sensor barometrik bagi memastikan pembakaran optimum dalam apa jua situasi. Setiap perincian motor bermula daripada ekzos hingga kepada rekaan dalaman penutup kotak gear dibikin semula supaya tunggangan jadi lebih lancar, senyap dan selesa.

Keyakinan membrek dioptimumkan menerusi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard, manakala gaya penampilan dilengkapkan dengan sentuhan rim 12-inci rekabentuk moden sofistikated.

Bagi mereka yang ingin tampil lebih bergaya, Naza Premira turut menawarkan tiga pilihan aksesori iaitu besi pengangkut depan dan belakang serta skrin pengadang angin depan gelap. Harga jualan ialah RM17,000 termasuk tiga aksesori tersebut.

GALERI

HyperFocal: 0
vespa-sprint-6
vespa-sprint-3
HyperFocal: 0
HyperFocal: 0
HyperFocal: 0

Related

26
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Naza Premira, NAZA Premira Sdn Bhd, roda2, Vespa, Vespa Sprint Adventure

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev