• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!

Toyota Supra Dipandu Paul Walker dalam Fast & Furious Dilelong RM2.3 Juta!

June 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Supra tahun 1994 warna Candy Orange (jingga) yang digunakan dalam siri filem blockbuster Fast & Furious dilelong pada harga AS$550,000 (RM2.3 juta), Sabtu lalu.

Firma Barrett-Jackson mengumumkan keputusan itu di Twitter selepas acara lelongan dibuat selama tiga hari bermula 17 Jun lalu. Bagaimanapun, identiti pembeli kereta sport Jepun tersebut tidak didedahkan.

BACA >>> Toyota Corolla AE86 Kondisi Bilik Pameran Ini Lagi Mahal daripada GR Supra 3.0L
BACA >>> 5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) 'Tapau' di Litar Nurburgring

Supra itu, yang dipandu aktor Brian O'Connor (watak lakonan mendiang Paul Walker), pernah digunakan dalam filem pertama dan kedua francais Fast & Furious.

Kereta tersebut mendapat sentuhan pereka kustom terkenal Hollywood, Eddie Paul dari Shark Shop di El Segundo, California di Amerika Syarikat (AS) untuk digunakan dalam filem Fast and Furious. Dalam filem kedua, warna kereta itu dicatkan tona emas.

Model lelongan tersebut ialah Supra jingga, sama seperti warna Lamborghini Diablo dengan bahagian sisi kereta ditambah pelekat vinil Nuclear Gladiator.

Kit badan digunakan terdiri daripada lip depan Bomex, bonet gaya TRD, spoiler aluminium kembar APR dan rim 19 inci. Trenkuasa Supra ini dijana enjin 6-silinder 3.0L pengecas turbo, tetapi tiada data spesifikasi atau kuasa enjin didedahkan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Komponen Motosikal yang Perlu Diservis Selepas Redah Hujan
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Spoiler yang Perlu Anda Tahu

SOLD! The "10-second car" has crossed the block selling for a record-breaking $550,000! Driven by actor @RealPaulWalker and featured in two of "The Fast and Furious" films, this 1994 #ToyotaSupra proved to be an icon of car culture. @TheFastSaga @Toyota #Supra pic.twitter.com/GNJnGh0AmL

— Barrett-Jackson (@Barrett_Jackson) June 20, 2021

SUMBER: HotCar | Barrett-Jackson

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Brian O'Connor, Fast & Furious, Fast and Furious, filem, filem Hollywood, lelong, Paul Walker, Supra, Toyota Supra, Toyota Supra (1994), TOYOTA Supra tahun 1994

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev