• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha FZ-X (2021) Lancar di India, Kembar XSR yang Lebih Moden

Yamaha FZ-X (2021) Lancar di India, Kembar XSR yang Lebih Moden

June 20, 2021 By Han Othman Leave a Comment

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor India akhirnya melancarkan sportbike baharu FZ-X (2021) yang akan menyertai famili siri FZ untuk pasaran India pada harga bermula 116,800 rupee (RM6,520). Sebelum itu spesifikasi model itu sudah pun bocor di media sosial.

Model baharu itu turut menawarkan varian konektiviti Bluetooth yang mana pemilik  boleh menghubungkan telefon pintar mereka dengan aplikasi Y-Connect pada panel meter dan dijual pada harga 119,800 rupee (RM6,690).

BACA >>> Warna Matte Green untuk Yamaha XSR 155 (2021) di Indonesia, Harga RM10.6k
BACA >>> Spesifikasi Yamaha FZ-X Bocor! Varian Baharu dalam Siri FZ

Berikut perincian mengenai FZ-X (2021):

  • Berkongsi enjin sama dengan FZ-FI, iaitu 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan udara berkuasa 12.2hp @ 7250rpm dan tork 13.6Nm @ 5,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 5-kelajuan.
  • Menggunakan sistem penghidup elektrik.
  • Komponen juga sama seperti model siri FZ sedia ada itu, dipasangkan fork teleskopik 41mm di depan dan monoshock prabeban boleh laras 7-tetapan di belakang.

BACA >>> Yamaha NMAX 155 (2021) Ada Dua Warna Baharu, Masih Tiada Y-Connect, ABS, Kawalan Traksi

  • Tugas henti diserahkan kepada brek cakera 282mm di depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal, dan brek cakera 220mm di belakang.
  • Bahagian roda menggunakan rim 17 inci yang dibalut tayar jenis dwi-guna tiubles bersaiz 100/80 17M/C 52P (depan) dan  140/60 17M/C 63P.
  • Rekabentuk mengambil ilham gaya sportbike retro Yamaha, XSR dengan lampu utama LED bulat berserta lampu siang (DRL) LED, bar hendal tinggi, braket aluminium, pengecas USB, dan tangki petrol besar.

  • Ciri lain model ini panel meter LCD digital, lampu belakang LED slik dan dilengkapi ciri keselamatan yang sebaris model lawan. Selain ABS, juga ada fungsi pemati enjin pada tongkat sisi.
  • Ada tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Matt Copper (jingga), Metallic Blue (biru), and Matte Black (hitam).
  • Tinggi pelana 810mm, berat kerb 139kg, jarak roda 1,330mm dan jarak lega bumi 165mm.
  • Kapasiti tangki 10 liter.
  • Apabila aplikasi Y-Connect dihubungkan pada telefon pintar, penunggang dapat mengakses panggilan telefon, SMS, notifikasi e-mel dan tahap bateri menawarkan fungsi. Ini termasuk merekodkan maklumat tunggangan seperti penggunaan petrol, rekomendasi servis, lokasi parkir, notifikasi kerosakan, papan pemuka rev enjin dan ranking (untuk jarak perjalanan dan ekonomi bahan api).

BACA >>> Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!

SUMBER: YamahaMotorIndia

Related

601
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, sportbike, sportbike retro, Yamaha, Yamaha FZ, Yamaha FZ-X (2021), Yamaha Motor India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my