PERANCIS mula melonggarkan sekatan pergerakan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 lebih awal daripada dirancang yang dimulakan dengan menarik balik perintah berkurung sejak 2020.
Perdana Menteri, Jean Castex (foto bawah kiri) berkata, perintaha berkurung malam seluruh negara yang dikuatkuasakan sejak penghujung tahun lalu akan ditamatkan pada 20 Jun ini (esok), iaitu 10 hari lebih awal.
BACA >>> Salah Guna Pinjaman Bantuan Covid-19 Buat Beli Ferrari
BACA >>> Negeri Kadunia di Nigeria Akan Guna Dron untuk Hantar Vaksin Covid-19
Menurutnya, ini bermakna pemakaian pelitup muka tidak lagi diperlukan di luar selepas kerajaan mendapati angka jangkitan harian Covid-19 menurun lebih pantas berbanding dijangka.
Bercakap dalam sidang media, Castex berkata;
Kita berada di laluan tepat, mari teruskan usaha kita. Situasi kesihatan bertambah baik lebih pantas daripada jangkaan, di mana-mana saja seluruh Perancis."
Minggu lalu, restoran, kafe dan bar seluruh Perancis kembali dibuka buat kali pertama dalam tempoh tujuh bulan.
Sebaliknya di Britain, rancangan menarik balik perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19 terpaksa dianjakkan daripada 21 Jun kepada 19 Julai berikutan peningkatan kes varian Delta (India) yang membabitkan 91 peratus jangkitan baharu.
BACA >>> Lelaki Pura-Pura Mati Sebab Nak Balik Kampung, Tak Nak Berkurung
Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran berkata, kebanyakan varian mudah jangkit hanya mewakili 2 dan 4 peratus daripada kes disahkan di Perancis. Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan jika varian Delta menjadi dominan, ia berisiko membawa satu lagi gelombang jangkitan lain.
Data terkini dari Universiti Johns Hopkins menunjukkan Perancis kini merekodkan 5,806,418 kes Covid-19, dengan angka korban mencecah 110,692 orang, manakala pengurusan vaksin mencapai angka 44,304,266 dos.
BACA >>> Kes Covid-19 Masih Belum Turun, MotoGP Sepang Mungkin Batal?
BACA >>> Betul Ke Hujung Tahun Baru Boleh Balik Kampung?
SUMBER: SkyNews
Leave a Reply