• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tip Elak Tertidur Ketika Memandu

#ApaNakBuat: Tip Elak Tertidur Ketika Memandu

August 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASA mengantuk ketika memandu pasti pernah dialami ramai pemandu. Jika berdegil memandu, anda sebenarnya mendedahkan diri kepada risiko bahaya yang boleh mendatangkan maut kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Antara punca seseorang tertidur ketika memandu adalah kerana badan terlampau penat, tidak cukup tidur atau pengambilan ubatan tertentu.

Mari kami kongsikan beberapa tip mencegah terlelap ketika memandu:

BACA >>> #TahukahAnda: 6 Fakta Tentang Mengantuk Ketika Memandu yang Perlu Anda Tahu

  • Keletihan melampau boleh menyebabkan gejala microsleep (terlelap tanpa sedar), iaitu detik singkat mengantuk atau terlena yang berlaku dalam julat masa beberapa saat hingga 30 saat.
  • Jika memandu pada halaju 110kmj, setiap saat kereta anda boleh melencong sejauh 31 meter. Ini sebabnya  gejala microsleep cukup berbahaya dan menjadi punca kematian jalan raya.
  • Kesan tidak cukup masa tidur malam antara satu atau dua jam semalaman yang berterusan boleh membawa kepada keadaan mengantuk kronik. Jadi, pastikan rehat, tidur dan segar semula sebelum memulakan perjalanan.

  • Kerap berhenti dan berehat ketika memandu jarak jauh atau dalam tempoh lama. Jika laluan dipandu jenis lurus dan membosankan, anda perlu berhenti dan rehat seketika.
  • Masa yang disyorkan berhenti adalah setiap dua jam memandu.
  • Penting untuk kita berehat sebelum rasa mengantuk sampai.

  • Jika perlu, berhenti dan daftar masuk penginapan sewa untuk tidur jika perjalanan itu terlalu jauh pada waktu malam. Selepas tidur semalaman, makan sarapan dan kembali memandu ke destinasi dituju. Ini lebih selamat.
  • Mengambil minuman berkafein cuma berikan kesan singkat, dan bukan penyelesaian jangka panjang. Jangan jadikan kafein sebagai pengganti tidur.
  • Jika rasa penat kerana sepanjang hari bekerja, jangan merancang melakukan perjalanan jarak jauh seperti balik kampung selepas waktu bekerja. Cara terbaik, balik rumah dahulu dan berehat. Baliklah ke kampung keesokan hari atau apabila badan rasa lebih segar.
  • Elakkan memandu pada masa orang cenderung untuk mengantuk, tidur atau berehat, iaitu antara jam 3-5 pagi dan 2-4 petang.
  • Jika perlu ambil ubat disyorkan doktor, tanya penasihat kesihatan sama ada wajar atau tidak anda memandu. Baca label setiap ubat yang perlu dimakan.

BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa
BACA >>> FAQ: Ramai Je Pemandu Tidur dalam Kereta Tak Ada Apa-Apa Pun? Kenapa Nak Larang?
BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Tidur Mati, Lelaki Tidak Sedar Lakukan Aksi Burnout Epik
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Gejala Microsleep Ketika Memandu yang Anda Perlu Tahu

SUMBER: IAMRoadSmart

Related

312
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Mengantuk, Mengantuk Ketika Memandu, Microsleep, mikro tidur, pemandu terlelap, terlena memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev