JIKA anda sering mengunjungi stesen BHPetrol, anda pasti perasan akan ada satu pam tambahan berwarna biru bersebelahan pam diesel biasa berwarna hitam.
Buat pengetahuan anda, pam biru itu adalah Diesel Infiniti Euro5 daripada BHPetrol. Jika anda ingin tahu apakah diesel Euro5 dan adakah ini diesel yang bagus, artikel ini ada jawapannya.
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?
TENTANG EURO 5
Euro5 adalah gred diesel lebih tinggi dan maju berbanding diesel ditawarkan sebelum ini. Ia diformulasikan dengan sistem aditif premium dari Jerman dengan kandungan sulfur jauh lebih rendah serta lebih bersih daripada diesel biasa.
Euro5 sudah pun digazetkan Kerajaan sejak 2020 sebagai gred diesel yang perlu ada pada semua stesen syarikat petroleum di Malaysia. Menariknya, BHPetrol adalah syarikat petroleum pertama menawarkan diesel ini di Malaysia iaitu sejak 2014 lagi.
KELEBIHAN DIESEL EURO5
Efisien
Kandungan Diesel Euro5 yang lebih bersih dan berkualiti mampu mengoptimumkan prestasi enjin dengan mencuci segala deposit terkumpul dalam kereta. Apabila kuasa disalurkan dengan lancar, enjin dapat bekerja dengan lebih efisien.
Jimat Minyak
Apabila enjin dapat bekerja dengan lancar dan efisien melalui penggunaan diesel berkualiti, secara langsung penggunaan minyak juga dapat dijimatkan kerana pembaziran tenaga berjaya dikurangkan pada tahap minimum.
Kadar Emisi Lebih Rendah
Kandungan sulfur pada Euro5 yang lebih rendah menyebabkan kadar emisi dikeluarkan kenderaan juga berkurang. Ini menjadikan diesel Euro5 pilihan lebih baik untuk menjaga alam sekitar.
KENAPA KENA PILIH EURO5?
Selain kualiti lebih baik, sesetengah pengeluar kereta sendiri menetapkan bahawa model diesel dengan enjin masa kini perlu menggunakan diesel Euro5. Ini adalah untuk mengekalkan prestasi serta mengelakkan enjin kehilangan kuasa lebih dari dua peratus.
Diesel Infiniti Euro5 ditawarkan BHPetrol pula menepati piawaian ditetapkan pengeluar dengan purata kehilangan kuasa hanya pada 1.6 peratus sahaja.
Purata kehilangan kuasa yang sangat rendah ini jelas menunjukkan diesel Euro5 daripada BHPetrol adalah pilihan terbaik. Jika kereta diesel anda boleh menerima gred diesel lebih rendah pun, tidak salah untuk menggunakan diesel Euro5 untuk memastikan kereta mampu bertahan lebih lama.
KESIMPULAN
Kualiti bahan api diesel Euro5 daripada BHPetrol yang mempunyai purata kehilangan kuasa sangat rendah menjadikan ia sebagai pilihan wajib kepada pengguna kereta diesel. Selaku syarikat petroleum pertama membawa diesel Euro5 ke Malaysia, BHPetrol pastinya lebih berpengalaman dan mempunyai kualiti diesel terbaik.
Memandangkan diesel Euro5 baru sahaja diwajibkan Kerajaan tahun lalu, mungkin ada terdetik kerisauan andai diesel Euro5 ini susah didapati. Jika anda ada perasaan ini, lupakan sahaja kerana BHPetrol sudah pun menawarkan diesel ini pada lebih dari 200 stesen minyak syarikat itu di seluruh Malaysia.
Jadi, jika anda sayang kereta anda dan inginkan diesel Euro5 terbaik, isi sahaja di BHPetrol.
BACA >>> BHPetrol Lancar Kempen Tabung Pahlawan untuk Bantuan Bekas Tentera
BACA >>> Infiniti RON95 Euro4M Kini di 400 Stesen Minyak BHPetrol Seluruh Negara
Leave a Reply