SUZUKI memperkenalkan satu lagi varian naked bike baharu GSX-S950 (2021) yang dikhaskan untuk pasaran Eropah terpilih.
Model tersebut ialah versi talaan semula hypernaked GSX-S1000 yang diperkenalkan awal tahun ini dengan output kuasa dihadkan untuk kegunaan pemegang lesen A2. Berikut perincian model tersebut:
BACA >>> Suzuki GSX-S1000 (2021) Lancar untuk Pasaran Global, Harga RM62.5k!
- Ada tiga warna pilihan Metallic Triton Blue (biru Suzuki), Pearl Brilliant White (putih) dan Glass Sparkle Black (hitam). Tiada harga diumumkan.
- Trenkuasa 4-lejang 4-silinder sebaris 999cc DOHC penyejukan cecair menghasilkan kuasa 93.7hp dan tork 92Nm. Bagi kegunaan pemegang lesen A2, kuasa dihadkan kepada 46.8hp.
BACA >>> Masalah Enjin Kuat Gegar: Suzuki India Panggil Balik Gixxer SF 250, Gixxer 250
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan ciri teknologi antigelincir Assist & Slipper (A&S) untuk mengurangkan tork negatif dan melancarkan enjin ketika menggunakan brek enjin.
- Ada perubahan pemetaan enjin untuk menyesuaikan respons enjin dengan penunggang baharu.
- Dilengkapkan ciri bantuan elektronik untuk memudahkan operasi tunggangan seperti bantuan mitigasi rev ketika menggunakan gear satu, melancarkan awal gear dan merendahkan rev enjin apabila menunggang perlahan atau di kawasan trafik sesak.
- Sistem suspensi jenis fork depan terbalik (USD) Kayaba 43mm tidak boleh laras, sebaliknya monoshock di belakang boleh dilaraskan.
- Sistem brek menggunakan brek cakera kembar 310mm dengan kaliper Tokico di depan dan cakera tunggal di belakang.
- Memiliki dimensi dan komponen asas sama seperti GSX-S1000 serta konfigurasi tunggangan sport.
- Tinggi pelana 810mm, berat kering 214kg, dan kapasiti tangki 19 liter.
BACA>>> #ApaNakBuat: Berapa Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip?
BACA>>> #ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini
BACA>>> #RetroAuto: Sebelum The Doctor, Rossi Pernah Dipanggil Rossifumi, Valentinik
BACA>>> Throttle Body [SIRI 2]: Mekanikal (MTB) vs Elektronik (ETB)
SUMBER: MotoPasion | Suzuki
Leave a Reply