• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Previu GP Sachsenring: Mampukah Marquez Kekalkan Rekod Sedekad Tak Terkalah?

Previu GP Sachsenring: Mampukah Marquez Kekalkan Rekod Sedekad Tak Terkalah?

June 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS perlumbaan penuh dramatik di Catalunya dua minggu lalu, pusingan MotoGP akan bersambung hujung minggu ini di Sachsenring, Jerman. 

Kembalinya juara dunia lapan kali, Marc Marquez dalam saingan MotoGP musim 2021 menimbulkan persoalan mengenai kemampuan pelumba itu beraksi cemerlang di litar tersebut.

Marquez mempunyai rekod sempurna di Sachsenring apabila mencatatkan tujuh kemenangan daripada tujuh perlumbaan sepanjang kariernya dalam kelas MotoGP. Malah, menang 10 kali berturut-turut di litar ini sejak 2010 hingga 2019. Berdasarkan rekod, memang nampak bukan sukar untuk pelumba Sepanyol itu menjadi juara lagi musim ini. 

BACA >>> Kemarau Podium, Honda Cuba Benda Baharu, Marquez Pusing 87 Lap!
BACA >>> Marquez Minta Nasihat Doohan Cara Kembalikan Prestasi Terbaik Selepas Cedera

Namun, pelumba Repsol Honda itu kini bergelut mendapatkan prestasi terbaik sejak kembali berlumba yang menjadikan posisi pertama terbuka kepada pelumba lain seperti Fabio Quartararo, Johann Zarco, Jack Miller dan Francesco Bagnaia.

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) yang juga pendahulu mata keseluruhan setakat ini pasti memburu kemenangan di Sachsenring untuk menjarakkan kedudukan. Walaupun mendahului kutipan mata, pelumba Perancis ini tidak berada dalam keadaan selamat selepas hanya mendapat tempat keenam di Catalunya kerana dikenakan penalti enam saat atas dua kesalahan penuh kontroversi. 

BACA >>> Quartararo: Aku Pun Tak Tau Sebab Apa Zip Terbuka
BACA >>> Quartararo: Aku Patut Kena 'Black Flag'

Ancaman Ducati juga tidak boleh dinafikan musim ini menerusi tiga pelumba petak atas Miller, Bagnaia dan Zarco yang saling mengisi slot podium.

Dari segi pungutan mata, Zarco ialah pelumba Ducati paling cemerlang, diikuti Miller dan Bagnaia. Peminat pasti tidak sabar melihat siapa daripada tiga pelumba itu yang bakal membawa nama Ducati ke puncak yang berkongsi kedudukan dengan Yamaha dalam kategori pengeluar. 

Oliveira (tengah) masih segar dengan kejayaan dua minggu lalu

Selain itu, juga satu kesilapan besar jika pasukan KTM dan Suzuki tidak dipandang serius. Masih lagi segar dengan kejuaraan Catalan GP dua minggu lalu, pelumba KTM Red Bull, Miguel Oliveira yang mendapat sentuhan legenda MotoGP, Dani Pedrosa pasti bersemangat meneruskan momentum cemerlang di Sachsenring.

Tidak dilupakan juara bertahan, Joan Mir bersama Suzuki Ecstar pula tentu tidak mahu melepaskan kejuaraan diraih musim lalu dengan mudah dan pasti mahu memberikan kesukaran kepada pelumba lain di Jerman nanti.

BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada
BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP

SUMBER: MotoGP.com

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ducati Lenovo Team, Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, Jack Miller, Joan Mir, Johann Zarco, KTM Red Bull, Marc Marquez, Miguel Oliveira, Monster Energy Yamaha, MotoGP, Pramac Ducati, Repsol Honda, Sachsenring, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev