• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Honda CR-V 2017

5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Honda CR-V 2017

October 17, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda cr-v 2017

TANPA menunggu masa lama, Honda CR-V 2017 sudahpun membuat kemunculan di pasaran Amerika Syarikat dengan penampilan lebih versatil.

Lebih menarik, Honda CR-V generasi ke-5 itu menampilkan pelbagai pembaharuan termasuk kehadiran 'jantung' lebih berkuasa. Bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai model SUV baharu ini, kami sediakan lima perkara perlu anda tahu berkaitan Honda CR-V 2017.

honda cr-v 20171. REKABENTUK LEBIH RANGGI & VERSATIL

Honda CR-V 2017 menampilkan tubuh badan yang lebih mantap dan maskulin. Dari pandangan depan, ia hadir dengan gril krom lebih besar bersama lampu LED.

Tumpuan utama harus diberikan pada bahagian belakang. Ia tampak lebih ranggi jika dibandingkan dengan CR-V sedia ada. Mudah kata, seksi dan mantap.

honda cr-v 20172. DALAMAN KEMAS

Bukan saja rekaan luaran seksi, ruangan dalaman Honda CR-V 2017 turut menerima beberapa penambahbaikan. Antaranya;

  • Ruang dalaman lebih luas
  • Panel instrumwen bersama skrin bewarna
  • Sistem audio dengan skrin sesentuh 7-inci berasaskan android bersama sokongan Apple CarPlay
  • Pendingin hawa dwi-zon
  • Brek parkir elektronik
honda cr-v 2017
Kredit Foto ExtremeTech

3. KUASA TURBO

Buat pertama kali, Honda CR-V 2017 dipadankan dengan enjin bersesaran 1.5L pengecas turbo. Ia mampu mengahmburkan kausa sebanyak 190hp pada 5,000rpm dan tork puncak 243Nm (2,000 - 5,000 rpm).

Bagaimanapun, enjin 2.4L turut ditawarkan dan ia adalah kekal sama seperti sedia ada dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 184hp serta tork 244Nm.

honda cr-v 2017
honda cr-v 2017

4. REMOTE ENGINE START

Sama seperti Honda Civic baharu, SUV ini turut membolehkan anda menghidupkan enjin tanpa perlu masuk ke dalam kenderaan. Hanya menggunakan alat kawalan jauh (sejauh 40m), enjin kereta bersama penghawa dingin akan dihidupkan. Bagi keselamatan, pintu kereta masih dalam keadaan berkunci walaupun enjin hidup.

honda-cr-v-2017_pandulajudotcomdotmy-35. KESELAMATAN

Lebih penting, Honda CR-V 2017 juga menerima pengiktirafan 5-bintang. Antara ciri-ciri keselamatan ditawarkan pada Honda CR-V 2017 adalah;

  • 6 beg udara
  • Collision Mitigation Braking (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC)
  • Lane Keep Assist (LKAS)
  • Pengesan Titik Buta (BSI)

Related

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda Civic, Honda CR-V, honda cr-v 2017, Honda Malaysia, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev