• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material

#ApaNakBuat: Cara Betul Cuci Stereng Kereta Ikut Jenis Material

June 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


STERENG, atau juga dipanggil roda stereng (steering wheel) ialah bahagian paling banyak disentuh pemandu berbanding komponen lain dalam kenderaan.

Kekerapan seseorang pemandu memegang stereng boleh dikatakan lebih 90 peratus setiap kali memandu. Ironinya, bahagian itulah paling kurang mendapat perhatian setiap kali kali kita menghantar kereta untuk dicuci. Apa dibuat cuma dilap guna kain basah.

Ramai tidak tahu stereng ialah komponen paling kotor yang menjadi pusat bakteria atau kuman. Ada kajian mendakwa hampir 700 jenis kuman wujud di setiap inci persegi stereng, iaitu sembilan kali ganda lebih tinggi daripada kuman pada tempat duduk tandas. 😱😱😱

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Stereng Bentuk Bulat?
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?

KENAL PASTI MATERIAL STERENG

Sebelum mula mencuci, kita perlu tahu material stereng kereta atau jenis balutan digunakan. Ini kerana setiap material ada pantang larang bagi memastikan jangka hayat bertahan  lama. Berikut beberapa jenis material stereng:

  • Plastik keras
  • Poliuretana (polyurethane), juga dipanggil kulit tiruan (faux leather)
  • Resin sintetik
  • Kayu asli
  • Kulit

PERKAKASAN MENCUCI

botol-penyembur
kain-mikrofiber
berus-kereta-interior

Selepas mengenal pasti jenis material stereng, sediakan perkakasan mencuci seperti berikut:

  • 2 botol  penyembur - Satu untuk isi bahan pencuci/sabun, satu lagi untuk isi air bersih.
  • 2 kain lap - Satu untuk sental, dan satu lagi untuk keringkan stereng. Seeloknya guna kain mikrofiber.
  • Berus lembut - Untuk sental dan tanggalkan habuk atau kotoran. Boleh guna berus gigi (jenis lembut), atau berus khas dibeli di kedai aksesori.

Apabila perkakasan sudah selesai cucilah mengikut jenis material stereng seperti di bawah ini:

1. Plastik Keras
stereng-plastik-keras
clean-plastic

Jenis stereng ini banyak digunakan model bajet,  atau dipanggil kereta aras mula (entry level). Tetapi stereng jenis inilah paling mudah dicucui, cuma guna air dan sabun pencuci biasa.

Caranya:

  • Sembur sabun pada stereng, gosok perlahan-lahan
  • Sembur air bersih untuk bilas kotoran dicuci
  • Gunakan kain bersih untuk lap stereng, atau sental guna berus.
  • Jika stereng masih melekit, ulang sembur air bersih dan lap semula. Ulangi proses hingga tiada kesan melekit.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul

2. Resin Sintetik 
stereng-sintetik-resin-2
stereng-sintetik-resin

Ramai pemilik kereta sukar membezakan material resin sintetik dan plastik pada stereng. Jangan bimbang kerana teknik mencuci stereng ini sama seperti stereng plastik. Cuma cuci guna sabun dan air sebelum dilap dengan kain bersih.

Ada yang guna bahan penggilap seperti lilin. Stereng memang nampak berkilat tetapi jadi lebih licin. Cara ini sebenarnya tidak sesuai kerana boleh menjejaskan pengendalian ketika memandu, lebih-lebih lagi jika tangan anda jenis kering.

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Kayu untuk Kemasan Kabin Kereta yang Perlu Anda Tahu

3. Kayu Asli
stereng kayu
stereng-kayu

Memang sukar melihat kereta moden dengan stereng kayu melainkan model eksklusif, edisi terhad atau berstatus premium mewah. Kalau adapun, pengeluar moden hari ini lebih gemar menggunakan plastik bercorak kayu sebagai opsyen menggantikan kayu asli.

Jika stereng kereta jenis kayu, cara cuci seperti berikut:

  • Guna bahan pencucui dan lilin (wax) penggilap khas untuk kayu bagi mendapatkan perlindungan maksimum.
  • Ketika menggilap stereng, jangan buat dengan tekanan berlebihan kerana boleh mencalarkan permukaan stereng.
  • Kain terbaik mencuci dan menggilap stereng kayu ialah mikrofiber kerana tidak menyebabkan calar jika digosok terlalu kuat

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

4. Kulit Tiruan
stereng-faux-leather-2
stereng-faux-leather-1

Juga dikenali dengan nama poliuretana atau faux-leather (kulit palsu) dan semakin banyak digunakan kenderaan sederhana mewah atau jenama popular.

Ada dua cara mencuci iaitu:

  • Guna air bersih dan sabun, sama seperti stereng plastik.
  • Atau guna bahan pencuci khas.

Pastikan kerja-kerja mencuci dibuat teliti pada corak jahitan benang stereng kerana kotoran lebih mudah melekat di situ.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Trend Jaket Kulit yang Jadi Fesyen Cool Penunggang Motosikal

5. Kulit Asli
stereng-kulit
stereng kereta mewah

Produk material kulit lazimnya didatangkan pada model paling premium atau perdana. Lebih baik rujuk pengeluar asal untuk mengetahui jenis material stereng anda sama ada kulit asli atau tiruan.

Bagi stereng kulit asli, berikut tip cuci yang perlu dibuat:

  • Guna produk pencuci kulit atau perapi. Ada juga produk penjagaan kulit kereta mengandungi bahan kolagen untuk memastikan permukaan material kenyal dan lembut. Boleh rujuk pakar dalam bidang perapian kenderaan.
  • Jangan guna sabun kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerosakan pramatang atau kulit bertukar keras.
  • Sembur atau letakkan bahan pencuci pada kain bersih terlebih dulu, dan bukan secara terus ke stereng.
  • Jangan beri tekanan kuat apabila mencuci sama ada  ketika mengelap atau menggilap.
  • Selepas selesai, biarkan stereng benar-benar kering sebelum sentuh semula atau memandu bagi memastikan bahan cuciandapat menyerap masuk dalam material kulit.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?
BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Cuci Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Situasi Kita Jadi Buta Ketika Memandu dan Cara Atasi
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini

SUMBER: AutoDeal

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, Cara basuh stereng, jenis stereng kereta, material stereng, Roda Stereng, Tip Cuci Stereng, Tips stereng

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev