• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Nombor 50 dalam Moto3 Sempena Tribut Dupasquier

Tiada Lagi Nombor 50 dalam Moto3 Sempena Tribut Dupasquier

June 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAJLIS khas sempena memperingati mendiang Jason Dupasquier akan berlangsung di GP German pada petang Jumaat ini yang menyaksikan nombor 50 milik pelumba Switzerland itu tidak lagi digunakan dalam kelas Moto3. 

Dupasquier, 19, maut dalam nahas tragik ketika pusingan kelayakan di GP Itali, Mugello bulan lalu akibat terjatuh dan dirempuh pelumba lain.

BACA >>> Kenapa Quartararo Kibar Bendera Switzerland di Podium?
BACA >>> Bagnaia: Perlumbaan Tak Patut Diteruskan

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/05/jason-crash-moto3-2021.mp4

 

Majlis itu akan diadakan di bilik sidang media Sachsenring di depan pasukan Dupasquier, CarXpert Prustel GP.

Sebenarnya, bukan Dupasquier saja, penghormatan diberikan itu juga pernah dilakukan untuk pelumba lain yang terkorban di trek seperti Luis Salom (Moto3), Shoya Tomizawa (Moto2), Marco Simoncelli (MotoGP) dan Daijiro Kato (MotoGP).

Nicky Hayden

Selain itu, nombor juara dunia MotoGP 2006, Nicky Hayden (69) turut diabadikan walaupun pelumba itu tidak terkorban dalam nahas trek. Sementara itu, nombor milik Loris Capirossi (65) dan Kevin Schwants (34) juga diabadikan selepas masing-masing berlumba. 

Dupasquier baru saja memasuki musim kedua Moto3 sepanjang karier perlumbaannya dengan meraih mata dalam setiap perlumbaan musim ini sebelum insiden Mugello. Pencapaian terbaik mendiang musim ini adalah aksi di Jerez apabila meraih tempat ketujuh dengan beza 1.043s daripada pendahulu.

BACA >>> Bekas Juara MotoGP, Nicky Hayden Meninggal Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kecederaan Arm Pump dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: Crash.net

Related

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: CarXpert Prustel GP, GP Sachsenring, Jason Dupasquier, Litar Mugello, Marco Simoncelli, Moto3, MotoGP, Mugello, Nicky Hayden, Sachsenring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev