• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MARii Bangunkan Sistem Digital untuk Lancarkan Perniagaan Usahawan PKS

MARii Bangunkan Sistem Digital untuk Lancarkan Perniagaan Usahawan PKS

June 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengumumkan kesediaan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) ke arah pendigitalan operasi perniagaan melalui platform Perancangan Sumber Perniagaan MARii (MARii ERP).

MARii ERP ialah sistem automasi proses pentadbiran manual melalui pendigitalan simpanan rekod, pemusatan maklumat dan mengintegrasikan pesanan jualan hingga penghantaran dalam sistem tunggal yang dapat digunakan dalam pelbagai fungsi perniagaan.

Antara fungsi utama boleh diuruskan di bawah sistem MARii ERP ialah:

  • Pengilangan
  • Jualan dan logistik
  • Pengurusan stok dan inventori
  • Perolehan
  • Perakaunan

Melalui sistem ini, pasukan jualan dapat mengintegrasikan data jualan yang digunakan bahagian pengilangan dalam merancang operasi, inventori dan logistik untuk direkodkan jabatan kewangan secara masa nyata (real-time). 

BACA >>> Belanda Perkenal Sistem Rekod Odometer Motosikal untuk Elak Pembeli Ditipu

Dato' Madani Sahari MArii
marii-logo

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Dato’ Madani Sahari berkata, MARii ERP membolehkan tenaga kerja, infrastruktur dan peralatan dioptimumkan sepenuhnya menerusi proses automasi melalui digitalisasi.

Menurutnya, situasi pandemik yang memerlukan pekerja berkerja dari rumah sukar dilaksanakan PKS kerana kekurangan sumber untuk beroperasi secara atas talian. Justeru MARii ERP mewujudkan persekitaran operasi perniagaan yang tidak dikekang lokasi melalui sambungan Internet.

Madani berkata lagi, MARii ERP ditawarkan pada kadar langganan mampu milik dan mampu membantu mencapai pulangan pelaburan dalam beberapa bulan sahaja.

Syarikat yang berminat memulakan pendigitalan operasi boleh mengikuti program dianjurkan MARii untuk meningkatkan keupayaan operasi dan memanfaatkan sistem tersebut sepenuhnya.

Antara program itu ialah:

  • Technopreneur Development Programme (TDP)
  • MARii Lean Production System (LPS)
  • MARii Industry4WRD Technology Platform (MITP)
  • CEO/Owner Growth Mindset Programme (COGMP)
  • Dan banyak lagi

Kepada yang berminat, sila hubungi [email protected]

BACA >>> MARii, Bank Muamalat Bekerjasama Sediakan Program Pembiayaan Vendor Automotif
BACA >>> Malaysia Masuk Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021!

Related

6
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dato' Madani Sahari, Institut Automotif, kecil, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), MARii Enterprise Resource Planning (MARii ERP), MITI, Perniagaan mikro, PKS, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sederhana, SME

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev