• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Roustabout Trivan (1962) - Trak Pikap Tiga Roda yang Comel, Tapi Tak Praktikal

Roustabout Trivan (1962) - Trak Pikap Tiga Roda yang Comel, Tapi Tak Praktikal

June 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRAK pikap adalah jenis kenderaan yang dihasilkan untuk melakukan tugasan berat. Jadi agak pelik jika kenderaan tersebut dibina dalam keadaan kurang sifat seperti tiga roda. Namun, inilah yang berlaku pada Roustabout Trivan ini. 

Dibina pereka Amerika Syarikat (AS), Harry Payne, trak pikap tiga roda ini dikatakan mempunyai kebolehan sama seperti trak setengah tan, termasuk menawarkan pengendalian dan kestabilan luar biasa. Namun, semua itu cuba dakwaan semata-mata.

Asalnya, Roustabout mendapat pinjaman Kerajaan sebanyak AS$342,000 (RM1.4 juta) untuk membina Trivan di kawasan yang bergelut dengan masalah pengangguran. Kilang di Frackville, Pennsylvania mengupah seramai 150 pekerja dengan sasaran pengeluaran 1,000 unit Trivan sebulan.

Syarikat itu kemudian cuba mendapatkan kontrak daripada agensi Kerajaan seperti ketenteraan dan khidmat pengeposan tetapi gagal.

Bagaimanapun, model Trivan itu gagal mendapat tempat di pasaran AS dengan hanya 137 unit dibuat sebelum pengeluaran dihentikan. Unit terhad itu juga membuatkan model itu begitu langka di pasaran yang mana harga untuk model seperti gambar di atas mencecah AS$12,500 (RM51,440).

BACA >>> Daimler, Volvo Jalin Kerjasama Hasilkan Trak Kuasa Hidrogen
BACA >>> Honda N-One - Kei Car Comel Cuma di Jepun

Mari kita lihat ciri menarik Roustabout Trivan (1962):

  • Ciri menarik Trivan ialah panel belakang dibuat daripada gentian kaca dengan ruang kargo terbuka. Unit dalam gambar sudah diubah suai menjadi flatbed pada 1990.

  • Di ruang belakang menempatkan enjin 2-silinder Kohler 1.0L berkuasa 32hp. Dengan berat 728kg, trak ini cuma mampu mencapai kelajuan maksimum 88kmj tanpa muatan. Jika ada muatan, lebih baik trak ini tidak berjalan.

  • Enjin ini menghantar kuasa kepada roda tunggal di belakang. Walaupun pengeluar mendakwa trak ini sama stabil seperti trak setengah tan biasa, realitinya sudah tentu tidak sama sekali. Nasib baiklah trak ini memang tidak laju, jadi tidaklah terlalu mengancam keselamatan.
  • Walaupun tidak praktikal, rekabentuk luaran dan dalaman Trivan ini sangat cantik dan comel. Warna dwi-tona hitam-biru pada ruang dalaman adalah antara modifikasi dilakukan pemilik terdahulu. Dipadankan stereng putih dan papan pemuka kayu, fiil premium memang dapat dirasai. 

BACA >>> Pemandu Trak Pikap Ford Ini Sumbat Hampir Seluruh Isi Rumah
BACA >>> Mercedes-Benz Actros - Trak Ekonomi dengan Katil Mewah dan Teknologi Terkini

SUMBER: Jalopnik.com

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 1962 Roustabout Trivan, Amerika, Amerika Syarikat, Kereta, Trak, Trak pikap, vintaj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev