• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Komitmen Lexus Malaysia

BERITA AUTO: Komitmen Lexus Malaysia

September 1, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

4. Presentation of gift to new customer (Mr Tan Chong San)LEXUS Malaysia terus melebarkan sayapnya dalam pasaran kenderaan mewah menerusi pembukaan pusat pameran ketujuh di Ipoh, Perak. Beroperasi di jalan Kuala Kangsar, Lexus Ipoh dikendalikan oleh Telegamas Motors Sdn Bhd adalah pusat pameran kedua yang dilancarkan Lexus malaysia dalam tempoh empat bulan, tahun ini.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin dan disaksikan Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi dan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki. Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Pengerusi Eksekutif Telegamas Motors Sdn Bhd, Goh Kian Sin dan Pengarah Urusan Telegamas Motors, Goh Kian Chuan.

Dibina atas tapak berkeluasan 30,000 kaki persegi, Lexus Ipoh dilengkapi pelbagai kemudahan canggih sinonim dengan jenama Lexus yang dikendalikan oleh staf-staf terlatih dan berpengalaman.

2. Signing of plaque by Tan Sri Asmat Kamaludin (Chairman, UMWT)Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, Lexus Malaysia sudah melaburkan lebih RM90juta bagi mengukuhkan lagi rangkaiannya di Malaysia. Tambah Ismet, pembukaan pusat pameran lexus baharu ini bukan saja untuk meluaskan lagi rangkaiannya sebagai penjual kenderaan mewah, malah turut menawarkan pengalaman yang tiada tandingan bagi setiap pelanggan yang memasuki pusat pameran. Lebih penting, setiap individu adalah tetamu dan perlu diberikan layanan sebaiknya.

Sehingga kini, Lexus Malaysia sudah memiliki tujuh pusat pameran iaitu di Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Kuching, dan Ipoh. Manakala satu lagi premis Lexus akan dilancarkan di Melaka pada penghujung tahun ini.

Hubungi talian bebas tol Lexus di 1800 88 53987 (1-800-88-LEXUS) atau layari www.lexus.com.my untuk maklumat lanjut.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Ismet Suki, Datuk Takashi Hibi, Lexus Ipoh, Lexus Malaysia, Tan Sri Asmat Kamaludin, Telegamas Motors Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev