TAHUKAH anda, penjual tayar di Britain kini diwajibkan memberikan penjelasan tambahan mengenai label tayar baharu kepada pelanggan mereka.
Bagaimanapun, kaji selidik syarikat tayar Apollo Vredestein mendedahkan perkara itu masih gagal dilaksanakan walaupun peraturan mandatori baharu tersebut sudah diluluskan Kesatuan Eropah (EU), bulan lalu.
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini
BACA >>> Michelin Bakal Hasilkan Tayar Guna Sisa Botol Plastik
TAYAR KENA PAMER LABEL BAHARU
Setiap pengeluar tayar Britain kini perlu mempamerkan maklumat tambahan penting mengenai produk tayar dan membuat penerangan kepada pelanggan.
Label baharu itu, yang turut melibatkan produk lori dan bas, bakal diguna pakai mengikut Undang-Undang Britain tahun ini yang mengandungi maklumat baharu seperti berikut:
- Carta rating lima tahap klasifikasi prestasi tayar: A hingga E , untuk rintangan oleng dan daya cengkaman atas permukaan jalan basah.
- Carta rating tiga tahap: A hingga C, untuk kesan bunyi bising.
- Simbol lain: Mengenai kondisi tayar, misalnya sama ada sesuai untuk pemanduan salji atau ais.
- Simbol gelombang bunyi: Label lama EU 2011/12 (atas kiri) ditukar kepada abjad ABC (atas kanan).
- Kod QR: Untuk pelanggan mengakses pangkalan data bebas rating tayar.
RUMUSAN KAJI SELIDIK
Berikut hasil dapatan kaji selidik dilakukan Apollo Vredestein:
- Majoriti pemilik kenderaan setuju label baharu membantu menjadi rujukan membeli tayar pada masa depan (wanita 69 peratus, lelaki 73 peratus).
- 43 peratus responden tahu mengenai label baharu tayar. Tahap kesedaran wanita lebih rendah (32 peratus) berbanding lelaki (52 peratus).
- 77 peratus pemilik kenderaan tidak sedar cadangan perubahan format label kenderaan.
- Pemandu muda (25-34 tahun) sedia maklum mengenai rancangan label baharu (49 peratus)
- Ramai pemandu 65 tahun tidak sedar perkembangan isu label baharu. Cuma 2 peratus tahu.
- 26 peratus pemilik kenderaan mengaku penjual tayar ada memberikan penjelasan tentang label baharu sebelum mereka menukar tayar.
- Pemilik kenderaan muda (18-24 tahun) mewakili peratusan terbesar (79 peratus) menyambut baik aspek rating bebas.
BACA >>> Kajian: Perempuan Lebih Berisiko Cedera Akibat Kemalangan Berbanding Lelaki
PENDAPAT, SARANAN APOLLO VREDESTEIN?
- Maklumat label baharu tayar sangat bernilai kepada pemilik kenderaan, tetapi aspek kesedaran masih terlalu rendah.
- Pihak berkuasa tempatan dan pemain sektor tayar seperti pengeluar, pengedar dan penjual tayar perlu beri penerangan mengenai tayar kepada pengguna.
- Maklumat dan penerangan akan membantu konsumer membuat pembelian bijak dan tepat mengikut keperluan.
- Tayar dengan impak kurang terhadap pencemaran alam dan memiliki tahap keselamatan lebih baik dijangka jadi pilihan ramai.
PENGEDAR KERETA
- Jika regulasi EU diserapkan sepenuhnya dalam Undang-Undang Britain, semua tayar dijual perlu ditampal label berkenaan.
- Akses kepada maklumat dan rating tayar perlu disediakan secara atas talian, termasuk pangkalan data Pelabelan Tenaga dan Pendaftaran Produk Eropah (EPREL).
- Syarikat penjual dan pengedar kereta perlu memaklumkan spesifikasi tayar yang dipasang pada produk masing-masing sebelum menjual.
- Label dan spesifikasi tayar perlu disediakan dalam bentuk fizikal (hardcopy) kepada pembeli kereta jika mereka mahu membawa pulang maklumat tersebut.
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi...
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Jaga Tayar Kereta Supaya Tahan Lama
SUMBER: Continental | Vredestein Official
Leave a Reply