• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Imobilizer Cegah Kereta daripada Dicuri?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Imobilizer Cegah Kereta daripada Dicuri?

June 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA biasa melihat aksi watak hero atau penjahat mencuri sesebuah kereta dengan membuat pintasan dua wayar berbeza untuk menghidupkan enjin kenderaan dalam beberapa saat. Hakikatnya, kerja itu memerlukan usaha lebih dan memang pernah menyebabkan banyak kenderaan lama dicuri pada zaman lampau.

Bagi meningkatkan keselamatan kenderaan daripada mudah dicuri, banyak pengeluar automotif melengkapkan produk mereka dengan sistem kunci dengan ciri imobilizer (immobilizer), iaitu sistem pelumpuh enjin. Isunya, adakah ciri tersebut benar-benar membantu menghalang kes kecurian kereta?

BACA >>> Proton Wira - Kereta Panas; Nombor Satu Diburu Pencuri Malaysia Sepanjang 2017
BACA >>> Porsche Bangunkan Sistem Keselamatan Canggih untuk Model Klasik

Bagaimanakah Enjin Imobilizer Berfungsi?

Seunit enjin dengan ciri imobilizer mengandungi dua komponen utama, iaitu kunci kereta dengan cip transponder dan satu alat penerima imobilizer.

Apabila kunci transponder dimasukkan ke dalam sistem pencucuhan (ignition) atau fob kunci kawalan jauh ada dalam kenderaan itu, ia akan menghantar kod sekuriti kepada peranti penerima imobilizer.

Jika kod antara transponder dan imobilizer sama, maka kereta itu boleh dihidupkan. Sebaliknya, jika kod tidak sama, trenkuasa akan gagal dihidupkan.

Ada beberapa pengeluar automotif meningkatkan ciri sistem imobilizer dengan menyertakan kod keselamatan tetap pada kunci dan satu lagi kod putar kedua. Kod putar kedua itu akan berubah setiap kali kenderaan dihidupkan dan ini satu ciri bonus untuk mencegah kemungkinan kenderaan anda dicuri penjenayah.

Trivia

Tahukah anda, sistem imobilizer pertama dunia dipaten pada 1919 dan pemilik kereta perlu membuat kontak alat tersebut mengikut cara khas ditetapkan. Jika salah cara, kereta tidak boleh dihidupkan dan sistem penggera akan berbunyi.

BACA >>> Banduan Curi Kereta Bantu Keluarkan Bayi Terperangkap dalam Kereta

Pencuri Perlu Tambah Ilmu?

>Sejak beberapa tahun lalu, peningkatan penggunaan sistem kunci enjin imobilizer mengubah aliran carta kes kecurian kenderaan daripada atas ke bawah.

Trend kecurian didapati menurun secara mendadak pada akhir 1990-an di Amerika Syarikat (AS) dan menyusut lebih banyak pada akhir 2000-an apabila ramai pengeluar automotif menawarkan ciri keselamatan tersebut. Berikut jadual Kaspersky USA:

Pencuri termasuk sindiket jenayah curi automobil dunia semakin rancak berusaha mencari kaedah memintas keselamatan imobilizer dan memang ada kes penjahat berjaya melarikan kenderaan mewah dengan sistem sekuriti canggih.

Tekniknya sama seperti zaman dahulu cuma pendekatannya sedikit berbeza iaitu mencari jalan menggodam transponder dan menghidupkan kereta. Dulu, cabut dua wayar dan sambung semula atau gesel kedua-dua tembaga untuk mengaktifkan enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Idea Lucu, Kreatif Nak Kunci Kereta untuk Elak Dicuri

Bagaimanakah Cara Tingkat Sekuriti Kereta?

Ramai pemilik kenderaan termasuk kereta keluaran 2008 masih menggunakan sistem kunci imobilizer sama yang diberi pengilang asal. Sistem sekuriti itu bukan asing bagi sindiket jenayah curi kenderaan dan memudahkan lagi kerja melarikan kenderaan.

Anda boleh menukar sistem iobilizer itu dengan sistem baharu, menggunakan alat tambahan seperti kunci roda stereng, memasang sistem penggera aftermarket atau memasang suiz pemati (kill switch) di tempat rahsia dalam kenderaan anda.

BACA >>> Honda Jepun Perkenal Sistem Anti-Kecurian untuk CBR250RR
BACA >>> Kilang Tutup, Beg Udara Mahal Punca Kes Curi Stereng Meningkat di AS
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Kereta yang Betul
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mohon Status Vintaj, Klasik untuk Kereta?
BACA >>> Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an

SUMBER: MotorBiscuit |Kaspersky

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Cara elak kereta kena curi, Immobilizer, Imobiliser, Imobilizer, Kes curi kenderaan, Sistem penggera kereta, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev