• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Komen 'Black Flag': Quartararo Bidas Stoner

Komen 'Black Flag': Quartararo Bidas Stoner

June 11, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKSI pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo yang berlumba dalam keadaan sut terbuka dan mendedahkan dadanya menarik perhatian ramai dan salah seorang ialah pelumba legenda, Casey Stoner.

Legenda Ducati itu menjadi antara pelumba terawal meluahkan pendapat di Twitter dengan mengatakan pelumba muda Perancis itu patut dikenakan bendera hitam (black flag) tidak kiralah sama ada dia sengaja ataupun tidak.

BACA >>> Quartararo: Aku Patut Kena Black Flag
BACA >>> Quartararo: Aku Pun Tak Tau Sebab Apa Zip Terbuka

Whether or not it was @FabioQ20 taking his zipper down on purpose, I believe that should have been a black flag. At this level you can’t be allowed to race at 350km + with your leathers open.

— Casey Stoner (@Official_CS27) June 6, 2021

Mengulas mengenai kenyataan Stoner, Quartararo nyata tidak senang dan mahu isu itu dilupakan. 

Kalau benda ni jadi kat dia 10 tahun dulu, mesti dia pun tak cakap apa-apa. Lepas kejadian ni, aku dah nampak muka sebenar orang yang dekat dengan aku.” 

Quartararo dikenakan penalti enam saat kerana melakukan dua kesalahan, iaitu menggunakan jalan pintas pada lap terakhir di selekoh pertama dan berlumba dengan sut terbuka. Pelumba Perancis itu terpaksa berpuas hati dengan tempat keenam walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. 

Pada awalnya, pelumba dengan gelaran El Diablo itu enggan mengulas lanjut mengenai kesalahannya. Namun tidak lama selepas itu dia setuju yang dia patut dikenakan bendera hitam, terutama selepas dunia permotoran baru saja dikejutkan dengan tragedi menimpa pelumba Moto3, Jason Dupasquier.

BACA >>> Alpinestars: Sut Lumba Quartararo Normal, Tiada Masalah
BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada

SUMBER: GPone.com

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Casey Stoner, catalan gp, catalunya, Fabio Quartararo, Fabio Quartararo Buka Zip, GP Catalan, GP Sepanyol, MotoGP, MotoGP 2021, roda2, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev