• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Alpinestars: Sut Lumba Quartararo Normal, Tiada Masalah

Alpinestars: Sut Lumba Quartararo Normal, Tiada Masalah

June 9, 2021 By Arif Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS melakukan siasatan awal, pengeluar pakaian lumba, Alpinestars mendapati tiada sebarang kerosakan berlaku pada sut Quartararo yang tiba-tiba terbuka pada perlumbaan di GP Catalunya, minggu lalu.

Siasatan dijalankan bagi mencari punca yang menyebabkan zip sut lumba Quartararo terbuka, tetapi keputusan diperoleh menunjukkan ia dalam keadaan normal.

BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada

Quartararo mendakwa sut lumbanya sudah terbuka sejak lap pertama lagi. Bagaimanapun, dia hanya perasan masalah itu apabila perlumbaan memasuki pusingan akhir selepas zip terbuka penuh yang memaksa dua membuang pelindung dada kerana mengganggu pergerakan. 

Sut tu dah terbuka masa corner pertama lagi dan aku cuba nak tutup balik tapi tak boleh sebab kena pakai dua tangan. Dia macam kita nak zip seluar jeans la, kena pakai dua tangan.”

Akhirnya, pelumba Perancis itu dilihat berlumba dalam keadaan sut terbuka, sekali gus dikenakan penalti enam saat atas kesalahan tersebut dan menggunakan jalan pintas. Dia terpaksa berpuas hati di tempat keenam walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

BACA >>> Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

ALPINESTARS DAKWA SUT DALAM KEADAAN NORMAL

Bagaimanapun, Alpinestars pula mendedahkan tidak menjumpai sebarang masalah pada sut lumba tersebut. 

Selepas siasatan awal, sut lumba itu berada dalam keadaan normal dan semua zip berfungsi sepenuhnya.”

Insiden melibatkan pelumba Yamaha Monster Energy ini menimbulkan perdebatan sama ada Quartararo patut dikenakan bendera hitam (black flag) kerana jelas melanggar peraturan MotoGP yang mewajibkan pelumba memakai sut dengan betul sepanjang masa.

Quartararo awalnya enggan mengulas isu tersebut, tetapi akhirnya akur dia patut dikenakan bendera hitam.

BACA >>> Quartararo: Aku Patut Kena Black Flag
BACA >>> Quartararo: Aku Pun Tak Tau Sebab Apa Zip Terbuka

SUMBER: VisorDown.com

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Alpinestars, catalunya, Fabio Quartararo, Monster Energy Yamaha, MotoGP, Siasaran Alpinestars, sukan permotoran, Sut Lumba Alpinestars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my