TAHUN 2021 memang meriah dengan model segmen trak pikap. Salah satu tumpuan diberikan adalah pengenalan Nissan Navara (2021) versi dipertingkat (facelift).
Walaupun hadir sebagai model facelift, tetapi Navara ini, yang juga popular dengan julukan 'Mother Trucker' didatangkan dengan rupa paras lebih maskulin.
Berikut fakta pantas mengenai Navara (2021) facelift:
- Aspek mekanikal masih kekal sama, dan ditawarkan dalam dua pilihan transmisi, manual atau automatik
- Versi automatik menggunakan enjin 4-silinder sebaris 2.5L Intercooler Turbo-Diesel DOHC berkuasa 188hp dan tork 450Nm.
- Versi manual 6-kelajuan pula dipadankan enjin 4-silinder sebaris Intercooler Turbo-Diesel DOHC berkuasa 161hp dan tork 403Nm @ 2,000rpm.
- Harga jualan bermula serendah RM91,900-RM142,200.
- Bagi rakaman sesi pandu uji ini, model diberikan ialah varian paling premium, Navara 2.5L Pro-4X.
BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara Pro-4X (2021), Muka Garang, Selesa Macam Kereta
BACA >>> Inilah 5 Perkara Menakjubkan Tentang Nissan Navara (2021) Baharu
RAKAM GUNA TELEFON PINTAR JE...
Uniknya, kami berbangga kerana sesi pandu uji ini dibuat dengan kerjasama pengeluar Chipset Snapdragon 888 yang mana rakaman video di atas menggunakan telefon pintar Oppo Find X3 Pro.
Apa boleh kami simpulkan, kualiti dimiliki Oppo Find X3 Pro dengan Snapdragon 888 ini memang nampak macam kamera profesional yang berharga lebih mahal.
Nak tahu prestasi Nissan Navara Pro-4X apabila digandingkan dengan Oppo Find X3 Pro? Pastikan anda tonton video di atas sampai habis. Selamat menonton.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota Hilux Digelar ‘Raja Trak Pikap’?
BACA >>> "Hilux Hilux is the Way", Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir
zam says
Road bully, mad trucker...