• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bukan Lagi Hot-Hatch, Renault Megane Akan Jadi SUV Elektrik, Sekali Cas 450km

Bukan Lagi Hot-Hatch, Renault Megane Akan Jadi SUV Elektrik, Sekali Cas 450km

June 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS sebulan mendedahkan gambar rasmi pertama Renault Megane versi elektrik, pengeluar automotif Perancis itu berkongsi pula beberapa maklumat mengenai kenderaan hijau tersebut, termasuk foto.

Megane E-Tech Electric baharu akan dibina berasaskan platform CMF-EV yang direka khas untuk kenderaan elektrik (EV) menerusi pakatan kerjasama antara Nissan, Renault dan Mitsubishi. Antara model lain menggunakan plaftorm itu ialah Nissan Ariya.

BACA >>> 9/10 Kereta Renault Guna Enjin Elektrik di Eropah Menjelang 2030

Apa menarik mengenai Megane E-Tech Electric?:

  • Dijangka mengguankan pek bateri 60kWh untuk pemanduan sejauh 450km dengan bantuan seunit motor elektrik 160kW berkuasa 217hp.
  • Model ini diposisikan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik segmen-C.
  • Pendedahan foto terkini itu secara rasmi menandakan peralihan model Perancis itu daripada hot-hatch kepada SUV EV.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu

  • Belum ada ukuran dimensi rasmi, tetapi model konsep yang didedahkan memiliki panjang 4,210mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,505mm. Secara ringkas, saiz SUV tersebut seperti Captur tetapi dengan garis bumbung lebih rendah.
  • Sebanyak 30 unit dihasilkan untuk sesi pandu uji membabitkan jurutera Renault. Setiap kenderaan dibalut grafik istimewa ciptaan Renault Design. Model itu dibina di kilang pengeluaran di Douai, Perancis.
  • Berdasarkan foto ditunjukkan itu juga, SUV tersebut menggunakan lampu lebih tirus untuk lampu depan, lampu belakang dan lampu siang (DRL), manakala saiz gril kini lebih kecil.
  • Garis badan pada bonet dan sisi badan agak minimalis, mungkin dipengaruhi balutan kamoflaj.
  • Rim jenis lima jejari kembar dwi-tona dengan set brek cakera untuk semua roda. Antena bumbung masih jenis batang dan bukan sirip yu.
  • Megane E-Tech Electric dijangka dilancarkan musim panas ini dan memasuki pasaran menjelang akhir tahun nanti atau awal 2022.

BACA >>> Pakar: Kereta Elektrik Perlu Pandu Jauh, Dimiliki Lama Sebagai Bukti Kenderaan Hijau
BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta
BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> bZ4X Concept - Bakal Jadi Siri EV Baharu Toyota Masa Depan

renault megane elektrik 2
renault elektrik
renault elektrik megane
renault megane elektrik
renault megane elektrik 1
renault elektrik megane 1
renault elektrik megane 4
renault elektrik megane 2

SUMBER: Motorpasion

Related

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Platform CMF-EV, Renault, Renault elektrik, Renault Megane E-Tech Electric, Renault Megane elektrik (2022), Roda4, SUV Elektrik, SUV Elektrik Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev