• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

#ApaNAkBuat: Bagaimanakah Cara Laras Cermin Sisi Motosikal dengan Betul?

July 27, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA siapa yang berani menunggang dengan keadaan mata tertutup, tetapi ramai penunggang tidak berapa kisah dengan posisi cermin sisi motosikal dalam keadaan betul sedangkan komponen itu adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan tunggangan.

Lebih teruk, ada yang langsung tidak memasang cermin sisi kononnya tidak nampak bergaya. Ada juga yang percaya menunggang tanpa cermin sisi boleh membuatkan motosikal mereka lebih laju. 

Fahaman itu nyata kurang bijak dan tidak tepat sama sekali. Posisi cermin yang betul akan membantu anda lebih sedar dengan situai sekeliling dan mampu menyelamatkan nyawa sendiri.

Artikel ini akan berkongsi mengenai cara memposisikan cermin sisi motosikal anda dengan betul.

BACA >>> Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik

1 .PASTIKAN PANDANGAN CERMIN TIDAK BERTINDIH

Sebelum menunggang motosikal, lihat betul-betul pandangan kedua-dua cermin sisi anda. Adakah pandangan pada cermin kiri sama dengan cermin kanan? Jika pandangan kedua-dua cermin sama, cuba posisikan semula cermin ke luar untuk meluaskan pandangan anda.

Kedudukan yang tepat membolehkan anda melihat kenderaan belakang secara terus pada salah satu cermin tetapi dengan tindihan yang minimal. 

Kedua-dua cermin juga akan memberikan pandangan berbeza dari sisi masing-masing. Cermin sebelah kiri akan menunjukkan lebih banyak ruang di sebelah kiri (di mana kenderaan akan muncul) manakala cermin kanan akan menunjukkan lebih ruang di sebelah kanan motosikal (kawasan kenderaan memotong).

Janganlah sampai cermin kiri tetapi dihalakan ke pandangan kanan dan begitu juga sebaliknya.

2. PERTIMBANGKAN PANDANGAN PEMANDU

Jika anda ingin lebih selamat, cuba pertimbangkan apa yang pemandu atau pengguna jalan raya lain pandang. Pemandu kereta mempunyai cermin pandang belakang yang dpasang pada cermin depan. Kereta juga mempunyai cermin sisi tetapi cermin itu juga selalunya dilaraskan ke dalam. Ini bermakna pemandu mudah terlepas pandang kenderaan lain, terutama motosikal.

Jadi, penunggang hendaklah sentiasa berjaga-jaga. Jika anda tidak dapat lihat kenderaan lain pada cermin sisi, mereka juga sebenarnya tidak dapat melihat anda.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi

SUMBER: RiderMagazine.com

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, cermin, cermin pandang belakang, cermin sisi, Kereta, keselamatan jalan raya, Motor, motosikal, Side Mirror, tahukah anda, Tip Menunggang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev