BUGATTI memperkenalkan Chiron Super Sport (2022) sebagai tambahan baharu siri Chiron yang menggabungkan prestasi tinggi bersama elemen kemewahan untuk menghasilkan grand-tourer terbaik.
Walaupun banyak berkongsi mekanikal sama, tetapi model ini berbeza dengan Chiron Super Sport 300+ yang lebih menumpukan aspek prestasi. Model ini dijual pada harga £2.75 juta (RM16 juta) dan dijadualkan mula dihasilkan awal tahun depan di Mosheim, Perancis.
BACA >>> Bugatti La Voiture Noire - Hanya Satu Unit Dibuat, Harga RM55 Juta!
BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri
Berikut ciri menarik Chiron Super Sport (2022):
- Trenkuasa digunakan ialah enjin 8L W16 kuad-turbo berkuasa 1,599hp dan tork 1,600Nm yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan kelajuan maksimum 437kmj.
- Bahagian dalaman hampir menyerupai Chiron biasa dengan padanan kemasan material aluminium, kulit dan gentian karbon. Menurut Bugatti, bahagian dalaman varian ini adalah paling sesuai untuk pengembaraan berkelajuan tinggi.
- Berbeza varian lain, saiz badan 250mm lebih panjang untuk mengurangkan pekali geseran dan mengekalkan kestabilan pada halaju tinggi. Difuser belakang juga lebih besar untuk menambahkan daya junam (downforce).
- Berat stereng ditambah baik untuk memberikan lebih fiil memandu dengan permukaan jalan. Damper adaptif juga berubah mengikut input pemandu dan pilihan mod pemanduan sama ada EB, Handling, Autobahn atau Top Speed.
- Jenis tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 yang mampu menampung kelajuan 500kmj secara konsisten.
BACA >>> Bugatti Divo RM24.3 Juta Ini Milik Rakyat Malaysia!
BACA >>> Ronaldo Beli Bugatti Centodieci, RM46j?
SUMBER: Autocar.co.uk
Leave a Reply