• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fiat Hanya Akan Buat Kereta Elektrik Bermula 2030

Fiat Hanya Akan Buat Kereta Elektrik Bermula 2030

June 8, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kereta Itali, Fiat mengikut jejak langkah majoriti syarikat automotif dunia apabila mengumumkan rancangan menjadi pengeluar kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang 2030. 

Rancangan itu juga seiring pendekatan kebanyakan negara maju yang mahu mengharamkan penggunaan dan jualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman dalam masa beberapa tahun akan datang.

BACA >>> Jepun Bakal Haramkan Jualan Kereta Petrol Baharu Menjelang 2030
BACA >>> Ireland Pula Rancang Haramkan Kenderaan Petrol, Diesel Menjelang 2030

Olivier Francois

Perkara itu diumumkan sendiri Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Fiat, Olivier Francois yang berkata, bermula 2025-2030, barisan produk jenama itu akan menjadi EV sahaja. Beliau juga berpendapat langkah berkenaan sebagai perubahan radikal untuk pengeluar tersebut.

 

Langkah itu juga bersesuaian dengan Fiat yang kini lebih menumpukan kepada pembuatan kereta bandar menerusi populariti model 500. Malah, 500 versi elektrik juga sudah dilancarkan di beberapa negara.

Selain pelancaran 500 versi elektrik, Fiat masih tidak memperincikan rancangan elektrifikasi syarikat itu. Apa dimaklumkan, pengeluaran produk EV buatan Fiat tidak terhad kepada kereta bandar sahaja.

Pada masa sama, Fiat juga mensasarkan menambah baik akses pengguna kepada stesen cas, terutama kalangan mereka yang tinggal di kawasan apartment dalam usaha menarik lebih ramai orang menggunakan EV.

BACA >>> Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!
BACA >>> Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024

SUMBER: Autocar.co.uk

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: EV, Fiat, Fiat 500, fiat 500e, hatchback, Kenderaan Elektrik, kereta elektrik, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my