• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bapa Bikin Lamborghini Sian Kayu untuk Anak, Siap Selepas 65 Hari

Bapa Bikin Lamborghini Sian Kayu untuk Anak, Siap Selepas 65 Hari

June 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG tukang kayu di Vietnam membina replika Lamborghini Sian buat anaknya dengan menggunakan kayu yang mengambil masa 65 hari untuk disiapkan.

Replika supercar kayu dihasilkan Truong Van Dao itu siap boleh dipandu kerana turut dipasangkan motor elektrik, manakala kedua-dua pintu sayap camar (gull-wing) boleh dibuka menggunakan butang kawalan jauh.

BACA >>> #TahukahAnda: Jenis Kayu untuk Kemasan Kabin Kereta yang Perlu Anda Tahu

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/06/lamborghini-sian-kayu-vietnam.mp4

 

Van Dao turut memuatkan naik cara dia menghasilkan Lemborghini itu di YouTube. Projek bermula dengan membentangkan papan kayu dipotong atas lantai sebelum proses mengikat menggunakan skru.

Rim kayu dibalut kepingan getah. Model replika ini juga dipasangkan kotak gear kayu dengan komponen logam dan tuil stereng untuk kawalan gandar depan.

Gandar belakang pula dipacu unit motor elektrik dan rantai basikal sebagai sistem pacuan dua roda, manakala bateri kereta digunakan sebagai sumber tenaga motor. Kereta kayu itu turut menggunakan lampu LED sebagai penyeri dan tidak dilupakan butang hon aktif.

BACA >>> Pelajar Jepun Reka Honda Super Cub C100 (1958) Guna Kadbod

Selepas semua kayu digam hingga menampakkan bentuk sebuah kereta, Van Dao menggunakan gergaji elektrik untuk membentuk rekaan Lamborghini Sian dengan membuat potongan secara terus.

Dia kemudian menggunakan mesin pengisar dengan beberapa jenis mata, termasuk memahat untuk mengemas kini potongan dan melicinkan semula permukaan kereta kayu tersebut.

Bukan Sian saja, Van Dao sebelum ini pernah menghasilkan replika kereta kayu BMW dan Bugatti.

BACA >>> #RetroAuto: Hot Wheels Cetus Fenomena Kumpul Kereta Mainan Kenit
BACA >>> #RetroAuto: Evolusi Sistem Brek - Dari Blok Kayu, ABS hingga Brek Autonomi
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Penting Tentang Bateri Kereta yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)

SUMBER: Facebook | ND-WoodWorkingArt | HotCars

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Kereta Kayu, Lamborghini Kayu, Lamborghini Sian Kayu, Lamborghini Sian Wood, Supercar Kayu, Truong Van Dao, Tukang Kayu Truong Van Dao

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my