SEORANG pemandu dikompaun RM5,000 selepas didapati bergerak melebihi 45km dan cuba merentas negeri tanpa kebenaran dengan alasan mahu membeli barang keperluan.
Lelaki itu, yang berusia 32 tahun, dilaporkan melakukan perjalanan dari kediamannya di Kampung Orang Asli Bukit Serok, Keratong, Pahang. Dia ditahan di Jalan Besar Serting Hilir dekat Jempol, Negeri Sembilan pada jam 12.35 tengah hari tadi.
Pemandu itu asalnya mengaku tinggal di Felda Serting Hilir, tetapi gagal memberikan maklumat terperinci seperti alamat rumah dan nombor blok apabila diminta.
Dia juga cuba berbohong dengan mengatakan bekerja di Kilang Sawit Serting Hilir, tetapi masih gagal menyerahkan dokumen berkaitan apabila diminta. Malah, semakan dilakukan polis dengan penyelia kilang berkenaan mendapati dia bukan pekerja di sana.
Kesudahannya, polis mengenakan kompaun RM5,000. ðŸ˜
BACA >>>Â #TahukahAnda: Tiga Fasa Lockdown yang Perlu Anda Tahu
BACA >>>Â Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
BACA >>>Â 'Dine-In' Dalam Kereta Boleh Kena Kompaun Langgar SOP
SUMBER: HMetro
Leave a Reply