• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki H2R Jadi Motosikal Super Mewah di India, Harga Cecah Setengah Juta Ringgit!

Kawasaki H2R Jadi Motosikal Super Mewah di India, Harga Cecah Setengah Juta Ringgit!

June 7, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GELOMBANG kedua pandemik Covid-19 yang melanda India awal bulan lalu memaksa hampir semua kedai motosikal negara itu menutup sementara perniagaan mereka. 

Bagaimanapun, jumlah kes didapati mula berkurangan bulan ini yang membolehkan peniaga memulakan kembali aktiviti perniagaan mereka. 

BACA >>> Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor

Situasi sama turut dialami Kawasaki yang sebelum ini menutup sebahagian besar pusat jualan motosikal tersebut sejak April lalu. Tetapi kini, bilik pameran di sekitar Mumbai, Navi Mumbai, Thane, Pune, Hyderabad dan Indore mula dibuka semula kepada pelanggan.

Kawasaki Ninja 300

Pengeluar motosikal Jepun itu turut melancarkan dua model baharu iaitu Ninja 300 versi patuh emisi Euro6 dan Ninja ZX-10R yang hadir dengan rekabentuk lebih garang.

BACA >>> Kawasaki ZX-10R, ZX-10RR (2021) Lancar dengan Gaya, Ciri dan Bantuan Elektronik Baharu

Kawasaki ZX-10R

Lebih menarik lagi, Kawasaki India turut memperkenalkan model terhebatnya, Ninja H2R (2021) yang dilaporkan dijual hampir dua kali ganda daripada harga jualan di Amerika Syarikat, iaitu AS$109,588 (RM452,380).

Enjin Kawasaki H2R (2021)

Dengan harga itu, Ninja H2R boleh diklasifikasikan sebagai barangan mewah dan hanya golongan yang benar kaya saja mampu memilikinya. 

Ninja H2R dikuasakan enjin 4-silinder 998cc supercas yang menghasilkan 305hp @ 14,000rpm dan tork 165Nm @ 12,500rpm serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan. Hyperbike itu dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 380kmj.

BACA >>> 12 Fakta Menarik Tentang Kawasaki Ninja H2R yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Motosikal 0-100kmj Terpantas Dunia

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Covid-19, Hyper Bike, Hyperbike, India, Kawasaki, kawasaki h2r, kawasaki ninja 300, kawasaki zx-10r, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev