JUARA dunia sembilan kali, Valentino Rossi sedang melalui musim terburuk dalam kariernya apabila hanya mampu mendapatkan 15 mata dalam tujuh aksi pusingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.
Rossi kini berada di tempat ke-19 dalam ranking keseluruhan pelumba MotoGP setakat ini, termasuk gagal menamatkan perlumbaan di GP Catalan.
Terdahulu, juara dunia sembilan kali itu sudah membuat kenyataan akan beesara hujung musim ini.
BACA >>> Rossi Tentukan Masa Depan Musim Panas Ini
Terkini, Petronas SRT yang hingga kini masih berdiam diri mengenai The Doctor, khabarnya sudah mula mencari pengganti kepada pelumba Itali itu.
Petronas dikatakan bakal meneruskan tajaan untuk pasukan SRT (Sepang Racing Team) dan Yamaha pula akan terus menjadi pembekal jentera musim depan. Namun, situasi itu masih belum diumumkan secara rasmi. Jaminan Yamaha juga belum dapat diputuskan.
BACA >>> VR46 ke MotoGP: Rossi Kata Ya, Aramco Tak Tahu Apa-Apa
Selain itu, juga menular khabar angin mengatakan rakan sepasukan, Franco Morbidelli bakal menggantikan tempat Rossi untuk menunggang jentera kilang (factory) kerana masih mempunyai baki kontrak dengan Petronas SRT hingga tahun depan.
Morbidelli juga berminat meneruskan kerjasama bersama pasukan itu jika diberikan jentera lebih baik, tetapi masih terbuka dengan tawaran pasukan lain.
Jika Morbidelli kekal dan menggantikan pelana Rossi, siapakah yang bakal mengisi satu lagi slot untuk pelumba Petronas SRT? Semuanya masih menjadi teka teki.
BACA >>> Rossi: Quartararo yang Buat Yamaha Berbeza
BACA >>> Rossi Kesal Tak Menang 2006, Dakwa Dihalang Jadi Juara 2015
SUMBER: Autosport.com
Leave a Reply