NISSAN Thailand menawarkan varian terbaharu Almera Sportech (2021) yang dilengkapkan pakej khas untuk bersaing dengan sedan subkompak popular seperti Toyota Vios dan Honda City di pasaran negara jiran itu.
Varian baharu Almera itu nampak lebih sporty selepas dipasangkan kit badan sentuhan pengeluar aksesori terkenal Jepun, Autech.
Berikut perincian Almera Sportech (2021):
BACA >>> Inilah 5 Perkara Menakjubkan Tentang Nissan Navara (2021) Baharu
- Pakej kit badan ditawarkan untuk varian Almera V dan VL pada harga seperti berikut:
- Almera VL Sportech - 659,000 baht (RM87,220)
- Almera V Sportech - 629,000 baht (RM83,250)
* Perbezaan harga Almera VL dan V tanpa kit badan ialah 20,000 baht (RM2,650).
BACA >>> Perlukah Beli Kereta Ada Lampu Kabus?
- Menerima set bampar depan lebih segar dengan perumah lampu kabus besar dan lip perak. Rim aloi 15 inci ditukar kepada jenis 5-jejari kembar dalam dwi-tona.
- Bampar belakang kini lebih dinamik dengan tambahan kemasan hitam dan perak. Lencana Sportech kelihatan tertera atas lampu belakang sebelah kanan.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?
- Dimensi badan sama seperti versi standard panjang 4,495mm, lebar 1,740mm, dan tinggi 1,460 mm, manakala jarak roda kekal 2,620mm.
- Kabin tiada sebarang pembaharuan dan tarikan utama masih pada stereng sporty bentuk D. Sedan ini masih kekal selesa dinaiki lima penumpang dewasa, termasuk pemandu.
- Trenkuasa dijana enjin petrol 1.0L turbo berkuasa 100hp dan tork 152Nm serta dipadankan transmisi automatik CVT Xtronic dengan simulasi gear. Bagaimanapun, tiada ciri pedal syif diberikan seperti model lawan City baharu atau Vios GR-S.
BACA >>> Perbandingan: Nissan Almera Turbo (2020) vs Almera Lama
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?
BACA >>> Inilah 6 Rahsia Kenapa Toyota Vios (2019) Kekal Relevan
SUMBER: Zing
Leave a Reply