• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Inikah Rupa Honda CBR1000R, CB1000X Baharu yang Bakal Debut Tahun Depan?

Inikah Rupa Honda CBR1000R, CB1000X Baharu yang Bakal Debut Tahun Depan?

June 3, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

192
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORTAL permotoran motosikal Jepun mendedahkan gambar model konsep superbike perdana Honda CBR1000R dan adventure touring CB1000X.

Dua model itu dijangka menjadi model terbaharu Honda yang bakal debut tahun depan dalam usaha pengeluar motosikal dari Jepun itu meluaskan lagi barisan produk 1,000cc.

CBR1000R ialah model perdana dalam barisan produk di bawah jenama CBR. Sama seperti CBR650R, model seliter itu menampilkan rekabentuk Sport City dengan bar hendal tidak terlalu rendah untuk memberikan posisi tunggangan lebih selesa daripada CBR1000RR dan CBR1000RR-R.

BACA >>> Indonesia Lancar Honda CBR150R (2021) dengan Fork USD dan Klac A&S, Harga Mula RM10.3k
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

Berdasarkan gambar ditunjukkan, CBR1000R dilihat berkongsi banyak ciri rekabentuk CBR650R seperti lampu depan dan fairing sisi, manakala bahagian belakang mirip model naked CB1000R (2021). 

Imej paten yang turut disertakan turut menunjukkan ciri menarik, iaitu cermin depan dan bar hendal boleh laras ketinggian yang membolehkan penunggang memilih posisi tunggangan sporty atau lebih relaks seperti jentera sport-touring.

CB1000X pula versi CB500X yang lebih berkuasa, tetapi berbeza daripada Africa Twin yang lebih menumpukan tunggangan off-road. Gambar konsep menunjukkan model tersebut dijana enjin 4-silinder sebaris yang pasti akan bersaing hebat dengan BMW S1000XR.

BACA >>> BSH Lancar Honda CBR600RR (2021) Serba Baharu, Harga RM98.8k!
BACA >>> Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k

SUMBER: MotoSaigon.vn

Related

192
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: adventure touring, africa twin, Auto Terkini, CB1000X, CBR1000RR, CBR1000RR-R, CBR650R, Honda, Honda CBR1000R, Jepun, model konsep, sport-touring, sportbike, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev