MINI Malaysia baru saja melancarkan tiga model ikon baharu, MINI 3 Door, MINI 5 Door dan MINI Convertible yang menerima penambahbaikan ciri termaju dengan naik taraf kemasan warna lebih sporty.
Ketiga-tiga model MINI (2021) itu meneruskan legasi gaya pemanduan ala go-kart klasik, dan pada masa sama memenuhi jangkaan keperluan pemandu masa kini tanpa menjejaskan status premium dimiliki.
BACA >>> #PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman
Berikut perincian MINI (2021) versi pasaran Malaysia:
HARGA
- MINI Cooper S 3-Door - RM253,318.69
- MINI Cooper S 5-Door - RM261,005.83
- MINI Cooper S Convertible - RM274,360.46
* Harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan, serta tanpa insurans.
WARNA
- MINI 3-Door dan MINI 5-Door menawarkan lima pilihan warna: White Silver (perak), Island Blue (biru), Chili Red (merah), British Racing Green (hijau) dan Rooftop Grey (kelabu), dengan tona bumbung Jet Black (hitam) dan strip bonet Black Bonnet (hitam).
- MINI Convertible pula ditawarkan dalam lima warna eksklusif: Zesty Yellow (kuning), White Silver (perak), Island Blue (biru), Chili Red (merah) dan British Racing Green (hijau) dengan bumbung konvertibel MINI Yours Softtop.
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?
TRENKUASA
- Dijana enjin 4-silinder 2.0L MINI TwinPower Turbo dengan sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan berkuasa 192hp dan 280Nm.
- Kelajuan maksimum MINI 3-Door dan MINI 5-Door ialah 235kmj, manakala MINI Convertible, 230kmj.
- Pecutan 0-100kmj MINI 3-Door ialah 6.7 saat, MINI 5-Door (6.8 saat), dan MINI Convertible (7.1 saat)
- Penjimatan bahan api sama untuk semua model berbumbung, iaitu 6 liter per 100km, sebalik model konvertibel memerlukan 6.3 liter per 100km.
REKABENTUK
- Menampilkan rekabentuk baharu lebih segar pada bahagian depan, sisi dan belakang.
- Rekaan stereng lebih kemas dengan jalur horizontal dan rim aloi ringan, opsyen warna menarik dan kemasan kabin.
- Gril depan heksagon tunggal diluaskan hingga bampar bawah. Bar keselamatan disorok di sebalik panel badan.
- Semua model dipasangkan bampar baharu dengan lampu kabus dan lampu utama LED berserta lingkaran dalaman hitam berkilat.
- Beberapa bahagian kereta mendapat kemasan Piano Black (hitam), iaitu hendal pintu, muncung ekzos, logo MINI, lencana model dan penutup tangki petrol.
- Lampu signal belok jenis LED dan rekaan bampar belakang menjadikannya kelihatan lebih lebar. Tambahan lain ialah lampu kabus belakang LED.
- Konsol tengah papan pemuka dipasangkan unit infotainment 8.8 inci generasi baharu dengan latar Piano Black dan dilengkapkan sistem navigasi dan konektiviti Apple CarPlay.
- Kluster instrumen digital 5.0 inci baharu dengan latar hitam memaparkan pelbagai maklumat pemanduan berserta tetapan paparan boleh ubah dan dua skema warna Lounge dan Sport.
- MINI Ambient Light menawarkan enam warna pilihan.
TEKNOLOGI
- Semua model mendapat teknologi bantuan pemanduan Driving Assistant sebagai ciri standard, terdiri daripada Bantuan Suluh Tinggi (HBA) digital, maklumat had kelajuan, fungsi brek bandar, bantuan meletakkan kenderaan Parking Assistant dan Amaran Tukar Lorong (LDW).
TEMPAHAN
- Bayaran tempahan RM1,000 perlu dibuat secara atas talian menerusi platform MINI eShop
PEMBIAYAAN MINI
Bayaran bulanan melalui pakej MINI Balloon Financing bermula serendah:
- MINI 3-Door - RM2,808/sebulan
- MINI 5-Door - RM2,898/sebulan
- MINI Convertible - RM3,048/sebulan
** Harga berdasarkan pinjaman pembiayaan 80 peratus bagi tempoh lima tahun.
BACA >>> Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder Versi Konvertibel Lancar Secara AR
BACA >>> Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!
Leave a Reply