• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?

#TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?

June 3, 2021 By Shawkath Leave a Comment

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IKLIM panas di persekitaran luar akan memberi kesan langsung terhadap kenaikan suhu dalam kabin kenderaan. Tahukah anda berapa minit diperlukan untuk kabin mencecah suhu 37.8ºC?

Kaitan iklim panas dan pengaruh terhadap suhu dalam kabin pernah didedahkan dalam kajian Universiti San Jose pada 2002. Penyelidikan dilakukan menggunakan contoh kereta dengan kemasan kabin warna kelabu.

Dapatan diperoleh dibuat dalam bentuk jadual untuk menilai kaitan masa dengan seberapa pantas suhu kabin meningkat akibat kesan suhu luar kenderaan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kabin Kereta Macam Sauna? Buat 5 Tip Ini untuk Kurangkan Panas!

Secara purata, cuaca panas menyebabkan suhu kabin meningkat seperti berikut:

  • 19ºF (-7ºC) selepas 10 minit
  • 29ºF (-1.6ºC) selepas 20 minit
  • 34ºF (1.1º celsius) selepas 30 minit
  • 43ºF (6.1ºC) selepas 1 jam
  • 50ºF-55ºF (10ºC-12.7ºC), 2 hingga 4 jam

* 1ºCelsius = 33.8ºFahrenheit

BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang

KENAPA SUHU KABIN BAHAYA?

Berikut kesimpulan yang dapat dibuat. Nilai Fahrenheit (ºF) ditukarkan kepada Celsius (ºC) untuk memudahkan pemahaman:

  • Jika cuaca luar kereta 23.8ºC (75ºF), suhu kabin akan mencecah 40ºC dalam masa 20 minit.
  • Jika suhu tengah hari 32.2ºC (90ºF), suhu kabin boleh mencecah 53.9ºC dalam masa 30 minit, atau 60ºC (1 jam).
  • Suhu normal cuaca di Malaysia adalah sekitar 28-30ºC, dan pasti meningkat lebih tinggi ketika tengah hari atau cuaca panas.
  • Situasi itu berisiko mengancam nyawa bayi, kanak-kanak atau orang tua jika mereka ditinggalkan selama 20 minit dalam kereta ketika cuaca panas tanpa penyaman udara dihidupkan.
  • Kepanasan kabin mampu memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan masalah strok haba, hipertermia dan risiko kematian. Anda perlu tahu, suhu badan kanak-kanak boleh meningkat tiga hingga lima kali ganda lebih pantas berbanding individu dewasa.

BACA >>> 7 Tip Pastikan Kanak-Kanak Selamat Dalam dan Luar Kereta

BENARKAH BUKA TINGKAP, KURANGKAN PANAS?

  • Jangan anggap membuka atau menurunkan sedikit tingkap lereta dalam membantu mengurangkan tahap kepanasan kabin.
  • Kajian mendapati suhu kabin tetap meningkat dan perbezaan antara tingkap terbuka dan tertutup cuma 0.3ºF (-16.7ºC). Sangat sedikit.

KENAPA KABIN KERETA CEPAT PANAS?

  • Kabin kereta boleh diibaratkan seperti rumah hijau mini yang mampu memerangkap haba dalam ruangan tertutup.
  • Puncanya, pantulan cahaya dapat menembus masuk melalui cermin depan dan cermin sisi, atau bumbung matahari (sunroof). 
  • Kemudian, jalur cahaya dengan radiasi gelombang pendek akan menyebabkan komponen atau objek berwarna gelap dalam kabin menjadi panas lebih cepat, seperti stereng, papan pemuka dan kerusi.
  • Komponen dan objek yang menjadi panas itu pula akan memanaskan lagi udara dalam kabin melalui pengaliran dan perolakan haba.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tabiat Buruk Ini Boleh Jadi Punca Penyaman Udara Cepat Rosak
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Penyaman Udara dengan Fungsi Kawalan Iklim (Climate Control)?
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Bahang Matahari Boleh Buat Kereta Rosak?
BACA >>> #TahukahAnda: 'Vapor Lock' - Punca Enjin Kereta Lama Tiba-Tiba 'Jem'

SUMBER: ThoughtCo

Related

259
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: anak tinggal dalam kereta, autotainment, Cuaca panas kereta, Suhu Kabin Bawah Matahari, Suhu kabin panas, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev