• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia Tuono 660 (2021) Umum Harga Pasaran Malaysia, RM77.9k

Aprilia Tuono 660 (2021) Umum Harga Pasaran Malaysia, RM77.9k

June 2, 2021 By Aryon Leave a Comment

607
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR rasmi motosikal Aprilia di Malaysia, Didi Resources mengumumkan harga naked bike middleweight Tuono 660 (2021), iaitu RM77,900 yang akan dijual menjengah pasaran tempatan bermula 21 Jun ini. Harga jualan tidak termasuk cukai jualan, insurans dan pendaftaran.

Ditawarkan cuma dalam satu warna Concept Black (hitam), berikut spesifikasi Tuono 660 (2021) yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia kelak:

BACA >>> Aprilia RS660 (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM59.9k

  • Dijana enjin patuh Euro5 4-lejang 8-injap 659cc Parallel-Twin penyejukan cecair yang diambil daripada model fairing RS660, berkuasa 95hp @ 10,500rpm dan tork 67Nm @ 8,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Dilengkapkan ciri kawalan terotel elektronik Ride-by-Wire, dan badan terotel kembar 48mm yang mengambil udara dari kotak udara menerusi ventilator udara gaya lumba.
  • Ada lima mod tunggangan, iaitu tiga mod tetapan asal dan dua boleh kustom. Juga dipakejkan dengan ciri bantuan menunggang seperti kawalan traksi, kawalan wheelie, brek enjin, pemetaan enjin dan kawalan jelajah.
  • Sistem suspensi menggunakan unit Kayaba untuk fork terbalik (USD) boleh laras 41mm di depan dan monoshock boleh laras yang dipautkan pada swingarm asimetrik. Kedua-dua suspensi jenis prabeban (preload) dan lantu semula (rebound).
  • Sistem henti menggunakan unit Brembo, iaitu brek cakera kembar 320mm dengan kaliper 4-piston di depan dan brek cakera 220mm dengan kaliper brek 2-piston di belakang.
  • Kedua-dua roda dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Kapasiti tangki 15 liter dengan tahap penjimatan 4.9 liter per 100km. Berat kerb untuk RS660 ialah 83kg dengan tinggi pelana 820mm.

BACA >>> Aprilia Lancar Tuono V4, Tuono V4 Factory (2021), Kuasa 175hp
BACA >>> 10 Model Naked Bike Middleweight Terbaik 2020

aprilia-tuono-660-malaysia-5
aprilia-tuono-660-malaysia-2
aprilia-tuono-660-malaysia-7
aprilia-tuono-660-malaysia-9
aprilia-tuono-660-malaysia-10
aprilia-tuono-660-malaysia-11
aprilia-tuono-660-malaysia-12
aprilia-tuono-660-malaysia-13
aprilia-tuono-660-malaysia-1
aprilia-tuono-660-malaysia-3
aprilia-tuono-660-malaysia-4
aprilia-tuono-660-malaysia-6
aprilia-tuono-660-malaysia-8

KREDIT FOTO: Revzilla

Related

607
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia Tuono 660 (2021), Didi Resources Sdn Bhd, Harga Aprilia Tuono 660, naked bike, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev