• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Fakta atau Auta: Benarkah Daun Pandan Halau Lipas dalam Kereta?

Fakta atau Auta: Benarkah Daun Pandan Halau Lipas dalam Kereta?

June 1, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LIPAS dalam kereta memang masalah besar buat pemilik kereta, terutama mereka yang pantang nampak serangga tersebut. Boleh bersilat dibuatnya, lebih-lebih lagi jika lipas itu jenis boleh terbang. 😩

Masalah tersebut bukan saja merimaskan, tetapi boleh menyebabkan fokus pemanduan kita terganggu apabila makhluk perosak itu tiba-tiba muncul.

BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Hilangkan Bau Busuk dalam Kereta

Ada pelbagai cara, petua dan tip mengenai cara menghalau lipas dalam kereta sama ada di Internet atau disampaikan mulut ke mulut. Antara paling popular, letakkan daun pandan. Adakah tip itu benar-benar berkesan?

Entomologis Perubatan daripada Rentokil Initial Singapura, Dr Chan Hiang Hao menjawab persoalan berkenaan di laman web rasmi syarikat kawalan makhluk perosak itu. 

Dr Chan berkata, daun pandan bukan jenis rawatan atau cara penyelesaian berkesan untuk masalah lipas dalam kereta. Ini kerana lipas masih boleh mengelak kawasan diletakkan daun itu dan juga tidak mampu membunuh serangga perosak tersebut. Jadi, lipas tetap masih ada dalam kereta. 

Lebih parah, apabila daun pandan mengering dan tiada lagi bauan dikeluarkan, tumbuhan itu boleh pula bertukar menjadi sumber makanan kepada lipas dan serangga perosak lain.

CARA CEGAH LIPAS MASUK KERETA

Walaupun daun pandan tidak berkesan menghalau lipas, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencegah serangga itu menceroboh masuk kereta anda. Ikut tip mudah berikut:

  • Elakkan makan dalam kereta.
  • Kerap bersihkan ruang dalaman kereta.
  • Jangan parkir kereta dekat longkang, tong sampah atau kawasan kotor.

BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Tinggal 8 Benda Ini dalam Kereta!

TANDA MASALAH LIPAS DALAM KERETA SERIUS?

Jika anda nampak lipas muncul berkeliaran dalam kereta pada siang, itu tanda kondisi kereta anda berada pada tahap agak serius.

Jadi, sila hubungi mana-mana agensi penghapus makhluk perosak, atau kunjungi spa kenderaan yang menawarkan servis membunuh koloni lipas tersebut. Kehadiran lipas memang tidak baik untuk kesihatan dan keselamatan anda dan penumpang, selain boleh merosakkan bahagian, material dan komponen dalaman kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nyamuk Suka Masuk Dalam Kereta?
BACA >>> Ok Tak Cuci Kereta Guna 'Chemical' Ketahui 3 Tip Mudah Tanggalkan Kotoran Degil

SUMBER: Straitstimes.com | Rentokill.com.sg

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Daun Pandan, Daun Pandan Halau Lipas, Fakta atau Auta, kebersihan, Kereta, lipas, Petua, rentokill, serangga perosak, Tip Halau Lipas, tips

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev