• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Diskaun Saman 15 November, Ramai Terpedaya Mesej WhatsApp Tahap Tadika

Tiada Diskaun Saman 15 November, Ramai Terpedaya Mesej WhatsApp Tahap Tadika

October 10, 2016 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

saman-palsu-15-november-2016
TIADA tawaran diskaun RM30 setiap saman pada 30 November ini seperti disebarkan kiriman aplikasi mesej WhatsApp baru-baru ini. Harap bertenang, bersabar dan pasrah membayar. Kenyataan penafian itu dibuat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kelmarin (08 Oktober) dan dilaporkan beberapa agensi berita arus perdana seperti Berita Harian, Bernama dan Sinar Harian.

Ini bermakna kadar saman masih kekal seperti biasa!


Berdasarkan pengalaman, sebenarnya sepintas lalu saja kami sudah mengetahui sama ada sesuatu berita atau mesej tersebut palsu atau benar. Dalam kes diskaun saman di atas, lihat saja rekaan mesej yang disebarkan. Jelas sekali rekaan itu cukup hodoh. Kami percaya pereka menggunakan perisian Microsoft (MS) Words, MS Powerpoint atau Paint sahaja. Tengok pula pilihan fon dan campuran warna. Bukankah nampak sangat bertaraf tadika, seperti direka sekadar tangkap muat. Malah, kualiti dan piksel gambar yang digunakan juga kabur dan pecah. Pendek kata, tiada kualiti. Itupun ramai percaya!

JANGAN JADI EJEN FITNAH

Buat pengetahuan semua, apa saja kenyataan pihak berkuasa atau mana-mana organisasi kerajaan, swasta atau persendirian, eloklah kita terus saja ke laman web rasmi jabatan berkenaan. Contohnya, kalau JPJ Alor Setar ada buat lelongan kereta, pergilah buat carian Google ke laman web jabatan itu. Kalau pasar raya Mydin ada buat diskaun jualan 98 peratus, sebaiknya pergilah periksa terus ke laman web syarikat tersebut. Ataupun telefon saja.

Kesimpulannya, si pereka adalah seorang yang jahat, manakala orang yang terus percaya tanpa usul adalah kurang cerdik. Paling kurang cerdik ialah mereka yang terus sebarkan sesuatu berita tanpa mengenal pasti kesahihan. Tahukah anda bahawa andalah sebenarnya ejen fitnah yang disukai pembuat fitnah. 🙁

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, diskaun saman, diskaun trafik, mesej WhatsApp palsu, PDRM, tiada diskaun sama 15 November 2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev