• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mir: Penalti Had Trek Pusingan Akhir Patut Lebih Manusiawi

Mir: Penalti Had Trek Pusingan Akhir Patut Lebih Manusiawi

June 1, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUARA MotoGP 2020, Joan Mir berpendapat peraturan had trek memerlukan pengawasan manusia apabila mengulas isu mengenai dia diberikan podium kedua sebelum kedudukan itu ditarik semula dan kekal di tempat ketiga dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 di GP Itali, hujung minggu lalu.

Kontroversi bermula apabila pelumba KTM Red Bull, Miguel Oliveira, yang mendahului Mir di tempat kedua, diturunkan satu posisi di bawah apabila dikesan melepasi had trek di selekoh Casanova pada lap akhir. 

Dari kiri: Mir bersama Quartararo (juara) dan Oliveira di podium GP Itali.

Peraturan MotoGP terbaharu menetapkan seseorang pelumba itu secara automatik akan diturunkan kedudukan jika melakukan kesalahan melebihi had trek pada lap akhir perlumbaan. Jika baki pusingan masih ada, denda pusingan panjang (long-lap penalty, LLP) akan dikenakan.

Bagaimanapun, pada aksi lalu, Oliveira diberikan semula tempat kedua selepas Mir juga didapati melakukan kesalahan sama.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 'Long-Lap Penalty' dalam MotoGP?
BACA >>> Quartararo Tak Tercabar di Mugello, Marquez Jatuh Lagi!

Peraturan had limit MotoGP menerima banyak kritikan musim ini susulan penggunaan sistem sensor yang dipasang untuk mengesan sebarang perlanggaran had trek hingga menyebabkan ramai pelumba dikenakan penalti kontroversi. 

BACA >>> MotoGP Perkenal Sistem Sensor Baharu untuk Kesan Pelumba Langgar Had Trek

Menurut Mir, dia percaya peraturan had trek perlu ketat, tetapi untuk situasi perlumbaan lap akhir, pendekatan yang lebih ‘manusiawi’ perlu digunakan.

Masa lap akhir, diorang (pengendali MotoGP, Race Direction) kena lebih hati-hati sebab ada situasi tak boleh nak elak (daripada memasuki kawasan hijau)’

Pelumba Sepanyol itu mencadangkan pihak yang bertanggungjawab menilai isu tersebut sepatutnya terdiri daripada mantan pelumba supaya keputusan lebih tepat dapat dicapai, dan ada sedikit kelonggaran mengikut situasi berlaku.

Lebih haru-biru, Pramac Ducati turut menemui Race Direction untuk meminta supaya pelumba pasukan itu, Johann Zarco dinaikkan ke tempat kedua kerana Oliveira dan Mir didapati melebihi had trek. Bagaimanapun, permintaan itu ditolak memandangkan kedudukan Zarco tidak cukup rapat dengan kedua-dua pelumba berkenaan.

BACA >>> Bagnaia: "Perlumbaan Tak Patut Diteruskan"
BACA >>> Hafizh Nombor 9 di Itali, Aksi Terbaik Selepas Lima Pusingan

SUMBER: Motorsport.com

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Itali, GP Itali 2021, Joan Mir, Johann Zarco, KTM Red Bull, LLP, Miguel Oliveira, MotoGP, MotoGP 2021, Mugello, Pramac Ducati, sukan permotoran, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev