• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Masih Percaya, Takkan Jual Saham Bitcoin

Tesla Masih Percaya, Takkan Jual Saham Bitcoin

May 31, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEPUTUSAN Tesla untuk tidak lagi menerima Bitcoin dalam transaksi beberapa minggu lalu menyebabkan nilai Bitcoin jatuh. Ini diburukkan lagi keputusan China yang melarang rakyatnya menggunakan kriptowang itu.

Walaupun tidak lagi menerima Bitcoin, Tesla kekal percaya dengan masa depan Bitcoin dan masih tidak mahu melepaskan saham syarikat dalam kriptowang tersebut.

BACA >>> Tesla Tidak Terima Lagi Bitcoin untuk Beli Kereta
BACA >>> Tesla Rugi Jual Kereta, Tapi Untung Jual Bitcoin

TANGAN BERLIAN TESLA

Selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menjual Bitcoin miliknya dan menjadi antara punca nilai Bitcoin merudum, beliau memuat naik ciapan di akaun Twitternya yang menyebut ‘Tesla mempunyai tangan berlian’.

Tesla has 💎 🙌

— Elon Musk (@elonmusk) May 19, 2021

Tangan berlian adalah perumpamaan kepada pelabur yang masih utuh memegang saham mereka walaupun ramai menjual.

Pelaburan dan sokongan daripada Tesla dan Musk terhadap Bitcoin awal tahun ini menaikkan nilai kriptowang itu pada paras tertinggi, iaitu AS$64,829 (RM26,8230) pada pertengahan April lalu. Namun, nilai Bitcoin mula jatuh mendadaka selepas Tesla tidak lagi menerima Bitcoin kerana proses melombong kriptowang itu tidak mesra alam.

SAHAM TESLA TURUT JATUH

Tesla Model S (2021)

Tesla mencatatkan keuntungan tinggi pada tahun lalu dan mengalami peningkatan harga saham sekitar AS$88 (RM360) pada awal Januari kepada AS$88,309 (RM365,380) pada 26 Januari lalu. Bagaimanapun, harga saham Tesla merosot 3.2 peratus yang menjadikan nilai kejatuhan keseluruhan saham pengeluar kenderaan elektrik Amerika Syarikat (AS) itu sebanyak 20 peratus tahun ini. 

Suku pertama menyaksikan Tesla membeli Bitcoin sebanyak AS$1.5juta (RM6.2juta) pada suku pertama sebelum menjual semula Bitcoin pada harga AS$272juta (RM1.1bilion). Tindakan itu membuatkan Tesla untung besar dengan nilai AS$101juta (RM417.8 juta). 

Tindakan Tesla itu menimbulkan tanda tanya, adakah Tesla sebenarnya hanya bermain dengan pasaran kriptowang? Apa pendapat anda?

BACA >>> Masalah Brek, Pemilik Tesla China Mula Pasang Kamera di Lantai Kaki Kereta
BACA >>> Lagi Kes Pemandu Tesla Salah Guna Ciri Pemanduan Autonomi

SUMBER: Autonetmagz.com

Related

68
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bitcoin, Elon Musk, EV, kereta elektrik, Kriptowang, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev