• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bagaimanakah Kaitkan Tubuh Manusia dengan Ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)?

Bagaimanakah Kaitkan Tubuh Manusia dengan Ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)?

October 9, 2016 By Han Othman Leave a Comment

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Tiga empat kali juga baca nak fahamkan terma Bahasa Malaysia - komen pembaca

BAIKLAH, mari kita bedah lagi mengenai Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control, ESC). Masih ada yang kurang faham mengenai cara ESC berfungsi, mungkin kerana artikel sebelum ini terlalu teknikal. Nah, kali ini kami perjelaskan lagi ciri keselamatan itu secara analogi tubuh manusia pula supaya lebih mudah difahami. Sekarang, tarik nafas, baca dan cuba hadam ok!

Sebagai makluman, analogi di bawah ini mungkin tidak tepat dari segi fakta saintifik sebenar anatomi tubuh manusia. Cuma sekadar perbandingan kes bagi tujuan pemahaman.


Berpandukan gambarajah di atas, andaikan kaki sebagai roda kereta, dan otak sebagai sensor ESC. Setiap kali kita berjalan atau berlari, setiap langkah kaki akan bergerak (seperti putaran roda) dalam rentak sama. Maknanya, apabila berjalan, kedua-dua belah kaki melangkah perlahan, manakala jika berlari, kedua-dua belah kaki melangkah laju.

Inilah apa yang dikatakan pergerakan normal manusia, sama seperti kondisi biasa sesebuah kereta bergerak, yakni setiap roda berputar sama.

BACA >>> Apakah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Propaganda Jualan atau Ciri Keselamatan?

APA PULA ESC DALAM TUBUH MANUSIA?

Sekarang, bayangkan ketika sedang berlari, tiba-tiba kaki kanan kita (gambarajah atas) tersadung (atau terkehel, atau terjatuh dalam lopak jalan), sudah pasti rentak langkah kaki itu terjejas. Pada masa inilah sensor dalam otak kita bertindak menghidupkan fungsi ESC dengan mengaktifkan 'brek' untuk memperlahankan rentak larian kaki kiri yang normal.

Hasilnya, kaki kiri secara automatik akan berlari perlahan sebelum berjalan dan kemudian berhenti. Semua respon pantas itu dilakukan untuk mengimbangi langkah kaki kanan yang terhincut akibat tersadung.

Bayangkan otak tanpa sensor ESC, sudah pasti kaki kiri normal akan terus berlari laju ataupun berhenti mengejut walaupun kaki kanan sedang terhincut. Bukankah situasi ini akan menyebabkan anda terus saja tersungkur jatuh kerana tubuh menjadi tidak stabil? Ya, ESC dalam otak sedang bertindak menstabilkan tubuh yang tidak seimbang.

lari-jatuh
Ingat, dalam situasi tertentu, jika larian terlampau laju dan kaki tiba-tiba tersadung, fungsi ESC mungkin tidak  lagi optimum walaupun tetap berfungsi. Maknanya, tekanan 'brek' pada kaki normal tidak dapat menampung fizik kelajuan melampau kita.

Bukankah peluang mengelak jatuh akibat tersadung ketika berjalan lebih mudah berbanding berlari? Dalam kelajuan tertentu, ESC semestinya mampu memberikan keputusan optimum untuk menstabilkan badan yang tidak seimbang akibat kegagalan atau kecederaan kaki.

Sudah faham ke belum? 😌😉

BACA >>> Benarkah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) Tidak Berfungsi Jika Pandu Lebih 80kmj?

Related

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: analogi ESC, apakah itu ESC, autotainment, ciri keselamatan kereta, Electronic Stabiliy Control, ESC, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev