• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Lakaran Honda Winner X 160 di Vietnam dengan DNA CBR250RR?

Bocor Lakaran Honda Winner X 160 di Vietnam dengan DNA CBR250RR?

May 31, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEHADIRAN Yamaha Y16ZR (juga dikenali sebagai Exciter, Sniper dan MX King) nyata membuatkan pesaing lain, terutama Honda tidak senang duduk. Model itu hadir dengan enjin lebih besar berbanding Y15ZR berserta teknologi VVA yang pasti menarik perhatian pelanggan. 

Bagaimanapun, Honda tidak mengambil masa lama untuk menyahut cabaran perang supermoped. Terbaharu muncul desas-desus mengatakan pengeluar motosikal itu sedang mempersiapkan Winner X 160.

Khabar angin itu tercetus susulan kehadiran skuter PCX 160 dengan enjin lebih besar yang menguatkan lagi kemungkinan kapcai Honda baharu itu nanti akan berkongsi trenkuasa sama. Skuter itu dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 157cc DOHC dengan teknologi eSP

BACA >>> Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi VVA yang Perlu Anda Tahu

Terbaharu, portal permotoran dari Vietnam, MotoSaigon memuat naik lakaran model konsep Winner X 160 yang menunjukkan rekabentuk kapcai itu akan berkongsi DNA sama dengan sportbike CBR250RR baharu. Jika benar, model kapcai premium ini nanti pasti nampak sangat cantik. 

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!

Antara rekabentuk CBR250RR yang dijangka ada pada Winner X 160 ialah lampu depan LED penuh. Selain itu, kelebihan Winner X sebelum ini, iaitu rekabentuk tajam dan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang tiada pada Y16ZR dijangka kekal pada model terbaharu.

Ciri teknologi lain seperti kawalan tork HSTC dan mod tunggangan juga dijangka diberikan pada model ini. Masalahnya sekarang, Winner X belum lagi menjengah Malaysia. Adakah versi 160 yang akan dibawa masuk nanti? Tapi macam pernah nampak pula lakaran motor tu. 🤔

BACA >>> Tiga Tahun Penantian Berakhir, Honda CBR250RR Kini di Malaysia, Harga RM25,999!
BACA >>> Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
BACA >>> Kapcai China Gaya Winner X, Y15ZR Ini Akan Masuk Malaysia!

SUMBER: Motosaigon.vn

Related

4.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Foto Bocor, Honda, Honda CBR250RR, Honda Winner X 160, Kapcai, Supermoped, winner x, Yamaha, Yamaha Exciter, yamaha y15, yamaha y16zr

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev