• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP Tiba September Ini, RM48k, 46 Unit Sahaja!

Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP Tiba September Ini, RM48k, 46 Unit Sahaja!

May 31, 2021 By Shawkath Leave a Comment

823
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PETRONAS Sepang Racing Team (Petronas SRT) dengan kerjasama Ohvale akan melancarkan sportbike mini edisi terhad September ini pada harga bermula €9,600 (RM48,480).

Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP cuma dikeluarkan 46 unit sahaja dan ditawarkan untuk kegunaan trek dengan penampilan mengambil ilham seragam jentera MotoGP Yamaha YZR-M1 ditunggang Valentino Rossi dan Franco Morbidelli.

Berikut perincian model edisi terhad itu:

BACA >>> Yamaha NMAX Petronas SRT Edition Muncul di Jakarta, Harga RM10.8k!

  • Dijana trenkuasa 4-lejang silinder tunggal ZS 155.5cc dengan karburetor Dell’Orto PHBH 28 yang ditala khas dan penapis udara kalis air Sprint Filter P037.

BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Langkah Bersihkan Karburetor Motosikal

  • Sistem transmisi jenis klac manual 4-kelajuan dengan ciri klac antigelincir Ohvale Slipper buatan EVR. Sistem ekzos menggunalan unit Arrow yang digayakan semula. Tiada maklumat output kuasa diberikan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu

  • Dihasilkan berasaskan model GP-0, tetapi frem ditala semula bagi mendapatkan keselesaan lebih baik untuk penunggang bertubuh tinggi.
  • Dipasangkan winglet Alex Design, iaitu pembekal sama untuk pasukan MotoGP. Madgad dan panel depan daripada material gentian karbon.

BACA >>> Saintis AS Temui Cara Hasilkan Gentian Karbon Guna Tumbuhan

  • Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) Mupo 38mm dan monoshock Ohlins yang kedua-dua komponen itu boleh laras sepenuhnya.
  • Sistem brek jenis cakera tunggal J.Juan 190mm dengan kaliper radial 4-piston diameter 25mm di depan, dan cakera tunggal 155mm dengan kaliper piston tunggal di belakang yang disepadukan bersama tabung minyak brek dan hos logam sirat (braided).
  • Brek depan menggunakan brek pam baharu dengan tuil brek boleh laras yang lebih panjang untuk menambah baik ergonomik tunggangan.
  • Tayar Pirelli Diablo Superbike 10 inci.
  • Semua komponen dimesin (CNC) dihasilkan di Itali menggunakan material berkualiti tinggi dan menerima rawatan anod (anodic treatment).

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek - Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis
BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?

  • Ada plat nombor siri pada pengikat tripel hendal. Panel meter digital Alfano T6 mampu merekod rev enjin (rpm), halaju, kedudukan di trek dan masa lap selain memaparkan maklumat tunggangan.

  • Pembeli juga diberikan kotak khas berisi alatan dan alat ganti, pinan (sejenis komponen seperti gear) dan sproket. Tambahan lain ialah pemanas tayar, tongkat depan dan belakang, karpet lumba dan selimut motosikal.

BACA >>> #TahukahAnda: 4 Sebab Kenapa Tayar Isi Nitrogen Lebih Baik, Tapi...
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Pro dan Kontra Gentian Kaca?
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

Yamaha SRT Mini
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 16
New Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 2
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 3
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 7
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 8
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 6
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 12
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 9
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 14
Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 13
New Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP - 3

SUMBER: InMoto | OhVale

Related

823
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, franco morbidelli, Ohvale, OHVALE GP-0, Petronas SRT, Petronas SRT OHVALE Special Series MiniGP, roda2, Sportbike Mini, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev